Home » Artikel » Petua jimat masa dan hasil hebat dengan ‘mencangkung’?

Petua jimat masa dan hasil hebat dengan ‘mencangkung’?

Kita mungkin rasa kita sibuk sangat macam banyak kerja.

Apa kita patut buat?

Kita mulakan dengan apa kita tak patut buat dulu…

JANGAN urus masa.

DON’T WORK HARDER. 

Wow!

Pelik betul nasihat ni kan? 

 

Bukan masalah pengurusan masa

Biasanya kalau kita rasa sibuk terkejar ke sana ke mari dan kerja masih tak siap…

BUKAN sebab masa tak cukup.

BUKAN sebab kita tak cukup bekerja.

Punca sibuk buat kerja tapi satu pun tak siap:
1. Buat kerja yang salah
2. Buat kerja dengan cara yang salah

Kalau kita buat kerja yang salah atau kerja betul dengan cara yang salah…

Working harder is not the solution. Makin ‘work hard’ makin huru-hara jadinya!

Apa patut buat?

 

Sebelum lari, cangkung dulu!

Ini saya belajar dari kawan saya…

Dia cakap:
Kalau kau nak buat satu benda, kau jangan terus berlari. Nanti entah apa benda kau langgar & kau main capai je. 

Duduk mencangkung dulu. Kau fikir betul-betul apa kau nak buat. Kau dah setel fikir, baru kau bangun jalan buat kerja ikut apa yang kau dah plan.

Ha, lepas tu, saya terus hook dengan keyword MENCANGKUNG tu.

Apa-apa nak buat, saya mesti ‘mencangkung‘ dulu.

Ini metafora je tau. Takyah mencangkung betul pun. Saya sendiri tak boleh mencangkung betul sebab sakit belakang.

 

Sebelum mulakan hari…

Setiap pagi, rancang apa yang kita mahu buat hari tu. Lagi bagus kalau dapat plan kerja malam sebelum tu.

Itu lagi elok daripada mula kerja terus tak ketentuan hala tuju. Main buat je.

Sampati tempat kerja, buka FB, buka emel, conteng itu ini… Nampak macam sibuk, tapi kelabu asap!

 

Kerja 5 jam yang lebih baik dari 10 jam

Duduk 1 jam RANCANG apa nak buat setiap pagi dan bekerja 4 jam…

LEBIH BAIK daripada buat kerja 10 jam TANPA merancang.

Tak percaya… Esok cubalah!

Dengan cara ini…

Kita buat kerja dalam masa singkat dan dapat hasil lebih baik.

 

Cabaran #3kerja!

Tak best saya bebel-bebel kalau tak beri penyelesaian kan.

Ini satu cabaran yang sudah terbukti berkesan pada orang yang terima cabaran dan eksperimen ini.

FOKUS dan MOMENTUM kerja kita ialah satu benda yang fragile. Kejap je boleh lari. Mudah sangat terpesong.

Kita lost sikit, lupa nak buat apa…

Kita akan tercari-cari, apa aku nak buat, apa aku nak buat.

Kemudian…

Otak kita akan automatik bawa kita ke ‘path of least resistance’. Jalan paling mudah.

Biasanya?

Buka Facebook! Buka emel. Buka Youtube. Baca komik. Main game. Buka telefon.

Haaaaaaaaaa lepas tu, siap laaaaaaaaaaaa.

Tau-tau dah habis 2-3 jam mengadap Facebook, kerja satu pun tak jalan.

 

Ini cara untuk atasi benda ni:

1. Pagi-pagi sebelum mula kerja…

Pilih apa kerja kita mahu buat untuk hari itu. Tak perlu banyak.

3-4 kerja pun cukup.

Tampal senarai kerja ni di tempat mudah nampak. Tempat kita buat kerja.

 

2. Setiap kali lost, JANGAN FIKIR kerja apa nak buat.

For sure, kita malas fikir dan default kepada benda paling mudah:
Buka Facebook, tengok Youtube, bukak TV, tidur.

 

3. Setiap kali lost, tengok senarai tadi. Terus buat.

JANGAN FIKIR.

Tak perlu fikir lagi nak memilih kerja apa nak buat. Pagi tadi kita dah fikir.

Kalau fikir tu yang akan jadi keluar bisikan syaiton. Ekekeke.

Terus je buat.

 

Jangan bazir nyawa & kehidupan

Masa ialah nyawa.

Siapa bazir masa, bermakna dia bazir nyawa atas dunia!

Dan ingat…

MENCANGKUNG!

Saya harap lekat la perkataan ni dalam kepala kita…

Boleh?

😎 😎 😎



 

Apa kata anda? Silakan komen...