Home » Kalau anda masih tidak boleh buat jualan dan mulakan bisnes, artikel ini akan menghentak kepala anda…

Kalau anda masih tidak boleh buat jualan dan mulakan bisnes, artikel ini akan menghentak kepala anda…

 

Saya lihat banyak kekeliruan berlaku dalam padang ‘buat duit’ atau terutamanya, padang ‘buat duit online.’

Adakah anda suka tanya soalan seperti berikut…?

Soalan-soalan yang tidak patut ditanya (tetapi selalu ditanya)

Berikut ialah ayat-ayat yang selalu kita dengar:

“Saya belum mula bisnes kerana saya sedang memahirkan Power Editor.”

“Mahu guna Facebook atau Instagram?”

“Saya sudah buat iklan, tetapi tiada yang bertanya. Apa patut saya buat?”

“Sudah ramai prospek yang bertanya, tapi tiada seorang pun membeli.”

“Ada ke teknik berkesan supaya pelanggan terus buat bayaran?”

Soalan-soalan ini akan menghalakan anda ke laluan yang salah. Ia akan buat fikiran anda makin serabut. Ia menunjukkan MASIH BANYAK perkara anda belum faham tentang buat duit dan bina bisnes.

Perkara yang anda perlu tahu tentang buat duit dan bina bisnes

1. Online bukan bisnes. Bisnes ialah bisnes!

Online atau Facebook atau Instagram hanyalah platform atau channel membina bisnes.

2. Banyak perkara anda perlu tahu sebelum buat iklan.

Buat iklan bukanlah bisnes! Bisnes ialah bisnes!

Kalau anda terus buat iklan tanpa tahu siapa pelanggan anda, apa mereka mahu, apa yang patut anda tawarkan kepada mereka… anda akan hanya membazir duit iklan!

Pandai klik butang untuk buat iklan tidak sama dengan pandai membuat iklan yang mendapatkan pelanggan. 

3. Apa itu bisnes? Apa itu model bisnes?

Ringkasnya, anda perlu faham:
– bagaimana bisnes anda buat duit
– apa yang anda mahu tawarkan
– kepada siapa anda mahu buat tawaran
– apa yang pelanggan mahukan

Semua ini lebih penting untuk dikuasai daripada ‘bagaimana saya mahu belajar buat iklan?’

definisi marketing

4. Buat pemasaran percuma dulu.

Marketing dalam bahasa paling mudah ialah:
a. Memberitahu apa anda mahu beritahu kepada orang yang anda mahu beritahu.
b. Mengenalpasti kepada siapa anda mahu jual dan buat tawaran menarik supaya mereka beli

Perlukah anda keluarkan duit untuk buat 2 perkara a dan b di atas?

TIDAK PERLU!

Buat pemasaran percuma dulu. Beritahu orang sekeliling anda. Kongsi di WhatsApp. Kongsi dengan jiran sebelah. Beritahu kariah masjid. Beritahu kawan-kawan apa yang anda jual dan bagaimana ia bantu mereka.

Buat pemasaran bertarget. Cari di mana pelanggan anda berada dan berikan tawaran kepada mereka. TERUS kepada mereka!

Pemasaran berbayar HANYALAH untuk menggandakan kuasa pemasaran anda.

5. Mengapa anda akan rugi apabila buat iklan berbayar.

Kalau pemasaran bertarget percuma anda rugi dan gagal (tiada orang berminat), pemasaran berbayar akan MENGGANDAKAN kerugian dan kegagalan anda.

Ia mungkin bermakna:
– tiada orang mahu produk anda
– anda tidak pandai menjual dan meyakinkan prospek

Pemasaran berbayar tidak akan mampu menyelesaikan dua masalah di atas.

Jujurnya: kalau anda sudah tawarkan secara TERUS kepada prospek yang targeted yang kenal anda dan mereka tidak mahu, APA HARAPAN orang yang tidak kenal anda akan beli apabila tengok iklan berbayar anda nanti?

Sekali lagi: Pemasaran berbayar HANYALAH untuk menggandakan kuasa pemasaran anda.

iklanbayar

Saya masih tercari-cari cara buat duit paling mudah

BERHENTI!

Anda tidak akan jumpa cara mudah, duduk diam dapat duit atau login Facebook duit mencurah-curah tak perlu cari orang.

Semua itu karut!

Berapa anda mahu dapatkan sebulan?

RM5,000?

Ketahuilah: RM5,000 itu besar nilainya. Dunia ini tidak berhutang apa-apa kepada anda. Anda tidak berhak untuk mendapat RM5,000 semudah itu.

Anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan RM5,000 tersebut. Ia tidak akan datang dengan mudah, tidak kira berapa ramai motivator bisnes beritahu betapa senangnya buat duit.

Anda perlu bekerja secara bijak untuk mendapatkan RM5,000 tersebut. Buat perkara yang betul. Bekerja keras buat perkara salah tidak akan dapat membantu anda.

Contoh: sekadar hadir seminar demi seminar, kelas demi kelas, buat iklan demi iklan tidak akan membuatkan anda mendapat RM5,000 secara magik walaupun anda berusaha keras hadir ke kelas seminar dan gigih buat iklan.

Anda sekadar dapat penat!

Satu soalan yang anda perlu jawab sebelum anda LAYAK buat duit

Bisnes buat duit melalui proses jualbeli.

Proses jualbeli pula ialah satu proses tukaran nilai.

Kita tukarkan RM1 dengan sekeping roti canai.

Kita tukarkan RM50 dengan sebotol pil habbatus sauda.

Kita tukarkan RM300 dengan sebuah beg tangan.

Kita tukarkan RM14,000 untuk servis renovasi dapur.

Proses jualbeli dan proses buat duit TIDAK AKAN berlaku jika kita tidak mampu memberikan sesuatu untuk ditukarkan dengan duit pelanggan.

Tanya diri sendiri:

Apa nilai yang aku boleh beri kepada orang lain yang membuatkan mereka sanggup tukarkan duit mereka dengan nilai yang aku berikan?

Ini soalan untuk menentukan sama ada anda LAYAK untuk buat duit atau tidak.

Selagi anda tidak mampu menjawab soalan itu, selagi itulah anda sentiasa akan bermasalah untuk buat duit.

Tidak kira berapa banyak teknik menjual anda belajar, tidak kira berapa banyak trik Facebook Marketing yang anda kuasai, tidak kira berapa banyak hacking anda boleh buat untuk mendapatkan lebih follower di Instagram.

Selagi anda tidak boleh beri sebab kuat untuk mereka tukarkan duit mereka dengan servis/produk anda, anda masih tidak akan boleh buat duit.

Nak belajar kenalpasti apa nilai yang pelanggan mahu sehingga mereka sanggup beli daripada anda?

KLIK SINI segera jika anda sanggup berusaha keras untuk belajar!


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!

Apa kata anda? Silakan komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *