Home » Tak payah lagi menahan perit berlawan harga!

Tak payah lagi menahan perit berlawan harga!

KHAS untuk peniaga yang:
● Terpaksa berlawan harga dengan pesaing-pesaing yang jual murah
● Bermasalah untuk yakinkan pelanggan dengan harga yang ditetapkan
● Tak untung & takde apa tinggal kalau terpaksa jual murah WALAUPUN dah jual banyak dah

 

Apa impak pada bisnes anda & pada hidup anda apabila anda boleh dapat jualan ekstra RM47,820, RM18,100 atau RM8,000?

Dah la dapat jualan ekstra… Ada untung pulak tu. Tak lagi penat menjual banyak tapi duit entah mana pergi tak nampak.

Nak tak merasa macam bisnes-bisnes yang berjaya dapat semua ni…?

 

Ini masalah biasa yang anda hadapi…

Nak jual mahal, takut orang tak beli.

Nak jual murah, tak untung pulak.

Penat buat jualan barang habis, tapi tak nampak mana duitnya.

PENAT je lebih.

Penat menjual takde duit simpanan lebih.

Penat nak bersaing dengan orang yang jual harga murah.

Penat nak menjawab prospek komplen harga mahal.

 

Wedding planner ni berjaya jual pakej lebih mahal WALAUPUN sebelum tu rasa takut

“Gila betul, dulu entah macam mana saya decide nak jual pakej serendah RM1,000. Bukan ada untung pun. Sedih betul memikirkan murahnya pakej yang saya jual ni.”

“Sekarang saya berani cuba-cuba jual pakej mahal. Terkejut jugak memang ada orang nak. Pakej paling murah sekarang RM3,500. Punyalah berani.

“Tahun ni dapat RM4645 (tak pernah terfikir pun sebelum ni dapat skor harga RM4+++ satu pakej). Harap tahun depan dapat la sangkut RM7+++ 😂.“
~ Zafuan

 

Tuan Zafuan ni buat servis wedding planner.

Kita cuba buat kira-kira mudah…

Dulu: RM1,000 satu pakej
Dapat buat 6 pakej sebulan = RM6,000

Sekarang: RM3,500 satu pakej
Dapat buat 4 pakej sebulan = RM14,000

Beza: RM14,000 – RM6,000 = RM8,000

PERHATIKAN: Dapat tingkatkan jualan sebanyak RM8,000 sambil kurangkan kerja buat 4 pakej je. Dah la dapat tambah hasil jualan, penat pun berkurang!

 

Berjaya DOUBLE-kan hasil jualan dengan strategi ni…

Ini satu cerita lain.

Bisnes ni takde masalah dari segi persaingan harga. Pelanggan tetap datang walaupun pesaing lain buang harga & tak kurang banyak juga yang tutup.

Cash reserve bertambah lebih 2 kali ganda berbanding 2 tahun sebelumnya.

Dengan strategi harga yang betul, bisnes ni berjaya jumpa PELUANG LEBIH BESAR untuk dapatkan hasil lebih besar.

Dulu: Tak pernah tawar pakej mahal.
Sekarang: Tawarkan beberapa pakej mahal.

Hasil:
● 26 orang beli pakej lebih RM1,000 dengan jumlah jualan RM47,820
● 
Perbelanjaan purata seorang pelanggan meningkat ke RM526 daripada RM350 untuk period sebelumnya
● Jualan total meningkat 2.2 kali ganda

Jualan banyak dari pelanggan yang sikit:
26 orang tu hanya sebahagian kecil dari 184 total pelanggan yang datang (14.1%) tapi jumlah perbelanjaan mereka ialah 49.4% dari total sales.

Tengok ye…

Jualan ekstra RM47,820 ni mungkin tak dapat kalau bisnes ni masih lagi takut nak tawarkan pakej mahal.

Strategi harga yang betul bukan saja untuk bisnes kecil lari dari keperitan perang harga…

Strategi harga yang betul boleh buatkan bisnes yang dah selesa untuk dapat hasil lebih dan dalam masa yang sama buatkan pelanggan gembira mendapat nilai yang terbaik.

 

Kita tengok lagi satu contoh bisnes jual barang ratus-ratus pulak…

Jumlah pelanggan: 126 orang

Kalau bisnes ni takut nak charge mahal & hanya jual macam orang lain jual (RM150), dia akan dapat…

RM150 x 126 orang = RM18,900

Setelah buat kerja lebih sikit untuk kaji apa pelanggan nak, bisnes ni mula nampak ada jenis pelanggan yang nak lebih & tak kisah bayar mahal.

Jadi dia offer pakej RM300 & RM500.

Apa jadi?

74 orang ambil pakej RM300. 20 orang ambil pakej RM500.

Makin ramai ambil pakej yang lagi mahal pulak!
😱😱😱

Total jualan dengan pakej premium:
(RM150 x 32) + (RM300 x 74) + RM500 x 20 = RM37,000.

Beza: RM37,000 – RM18,900 = RM18,100.

Total jualan naik hampir 2 kali ganda sebab dia tak takut nak charge mahal & sedar yang ada pelanggan yang nak lebih sanggup bayar mahal.

 

Anda masih rasa pelanggan sekadar nak murah?

Anda masih takut tak dapat pelanggan kalau jual mahal?

Sebenarnya…

Anda yang murah!

Inilah HALANGAN SEBENAR yang buatkan bisnes anda takut gelabah cuak untuk BERANI caj harga yang sepatutnya.

 

Ramai orang bisnes bertanya soalan yang SALAH ni…

Soalan ni macam logik untuk ditanya kan?

Mestilah ramai yang tanya macam mana nak letak harga.

Cuma soalan ni tak bawak kita ke arah kemenangan dalam permainan harga ni.

Tapi takpe…

Kita jawab dulu.

“Macam mana nak letak harga?”

Petuanya senang je: Letakkan harga yang cukup untuk cover kos dan ada untung yang berbaloi untuk bisnes kita

● Senaraikan semua kos bisnes
● Bahagi dengan berapa unit kita boleh jual
● Tambah markup untung yang kita nak
● Poof! Itulah harga kita patut letak

Senang je kan?

Jom kita move on.

 

Macam mana nak menang dalam game harga & tak lagi perlu bersaing harga?

Nak tahu soalan apa patut tanya?

Nak tahu macam mana nak dapat macam contoh 3 bisnes (case study sebenar) kat atas tu?

KLIK SINI
untuk teruskan