Home » 14 + 4 hakikat & realiti tentang iklan FB yang kita wajib tahu!

14 + 4 hakikat & realiti tentang iklan FB yang kita wajib tahu!

Oleh: Mohd Alif Haiqal

Ini hakikat dan realiti yang anda patut tahu sebelum mula gunakan FB ads sebagai medium marketing.

Sebelum anda bazir masa dan bazir duit dengan harapan palsu dan mimpi indah tak jejak bumi…

Eloklah baca dulu persiapan ‘perang’ FB ad ini.

 

Medium iklan berbayar

1. Di Facebook, ada satu medium iklan berbayar. Ia bukan percuma. Kita perlu bayar dengan duit. Itulah namanya FB ads.

2. Biasanya, iklan yang banyak komen, like dan share itu adalah iklan yang dibayar dengan duit.

 

Teknikal iklan vs memahami pelanggan

3. Kebanyakkan kelas-kelas yang dibuat hanya tentang teknikal dan taktik membuat FB ads. Sangat sedikit kelas tentang asas membina iklan dan membuat pemasaran (hampir tiada kelas sebegitu).

4. Perkara yang terlepas pandang dalam membuat iklan ialah tentang psychology dan behaviour pelanggan untuk respon kepada iklan.

5. Dua ilmu tadi, tidak wujud di dalam kelas teknikal FB ads.

6. Ini antara sebab kukuh kenapa ramai yang pulang dari kelas teknikal masih gagal membuat iklan dengan baik.

 

Kos beriklan di FB

7. Kos mendapatkan satu pelanggan di FB lebih mahal jika dibandingkan dengan beberapa medium pemasaran lain.

8. Dalam situasi saya bagi salah satu produk, kos minimum mendapatkan satu pelanggan ialah RM40. Jika saya mahukan 1,000 orang pelanggan, maka saya perlu laburkan RM40,000 sebulan.

9. Ini salah satu faktor ramai gagal dalam FB ads. Mereka tidak bersedia dengan kos sebenar untuk menggunakan FB ads.

 

Ambil masa untuk jadi mahir

10. Dari pengalaman, sebanyak RM1,000 diperuntukkan untuk uji kaji iklan yang terbaik. Semakin mahir seseorang, semakin rendah kos peruntukan diperlukan.

11. Bagi orang yang baru habis kelas teknikal… anda bukan orang pandai dalam membuat iklan. Saya sendiri ambil masa lebih setahun untuk faham asas beriklan dengan baik.

 

Apa tujuan buat iklan?

12. Tujuan buat iklan ialah untuk dapatkan prospek. Anda laburkan duit untuk dapatkan prospek. Ini ukuran utama dalam mengukur kualiti iklan anda.

13. Jika anda penakut untuk keluarkan duit demi mendapatkan prospek, anda bukan manusia yang layak berniaga atau buat bisnes.

14. Saya bermula dengan RM30 sehari beriklan di FB ads pada Mac 2014 sehingga boleh dan berani labur lebih RM200 sehari.

 

Baiklah. 14 perkara tadi, bukan mahu melemahkan semangat sesiapa yang mahu gunakan FB ads.

Tetapi jika lemah semangat, ketahuilah, anda terlalu lemah untuk memulakan bisnes.

Kita hidup dalam realiti, bukan fantasi dan angan-angan. Ini realiti dari pengalaman.

 

4 perkara kena ingat

1. Anda tidak akan pandai membuat iklan dengan hanya pergi kelas teknikal walaupun harga ribu ringgit. Ia perlukan pengalaman dan masa.

2. Kos beriklan di FB ads tidak semurah yang disangka. Hanya kos memulakan sahaja yang murah. Sebaliknya, kos mendapatkan pelanggan adalah berbeza.

3. Ilmu psychology dan behaviour manusia adalah dua ilmu untuk beriklan dengan lebih baik. Bukan ilmu teknikal sahaja.

4. Tujuan beriklan mesti jelas. Jika mahu dapatkan jualan, maka tujuan iklan itu mestilah menghasilkan prospek. Bukan lihat pada nombor-nombor yang tidak berkaitan (like, komen & share).


Nota editor: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan. Ia telah disunting dengan beberapa pengubahsuaian dan tambahan ayat untuk penjelasan tanpa mengubah maksud.

~ Bukhari Ramli

Mohd Alif Haiqal ialah seorang bekas kadet Palapes. Sebab itu beliau ganas dan ‘straight forward’. Beliau menulis daripada pengalaman bisnes sendiri daripada sudut yang lebih ganas & mudah faham.

SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!


Apa kata anda? Silakan komen...