Home » Kenapa bisnes dropship boleh gagal?

Kenapa bisnes dropship boleh gagal?

Oleh: Ahmad Rizal

Ramai orang mahu buat bisnes dropship. Dalam pos ini, kita akan lihat apa punca yang boleh menyebabkan bisnes dropship gagal.

 

Apakah itu bisnes secara dropship?

Anda pasti dapat lihat dalam post-post di Facebook, tawaran untuk buat bisnes secara dropship.

Dengan gambar bungkusan poslaju yang menimbun-nimbun dan juga dengan tawaran komisen yang tinggi.

Drophip ini secara asasnya adalah kita menjual produk orang lain, tanpa perlu kita pegang stok tersebut.

Pembeli membeli melalui anda, anda terima bayaran harga jualan dari pembeli dan seterusnya membayar harga dropship kepada supplier. Anda dapat komisen jualan anda secara on-the-spot.

Mudahkan?

Bagi anda yang ingin mulakan bisnes tapi tiada modal yang besar, bolehlah mulakan dengan kaedah dropship.

Namun sedikit amaran, hampir 80% daripada dropshipper gagal dalam bisnes dropship mereka. (Hasil dari kajian survey terhadap agen dropship dan pengalaman sendiri.)

 

Kenapa boleh gagal?

Perkara utama adalah kerana tidak faham apa itu bisnes.

Apa itu bisnes secara asasnya?

Bisnes secara asasnya adalah satu aktiviti pertukaran nilai yang mana, ia dapat memenuhi keperluan manusia setempat.

Kebiasaannya, kita tukarkan wang ringgit untuk mendapatkan sesuatu yang memudahkan kehidupan seharian kita.

Mari kita lihat contoh mudah.

1. Makcik jual nasi lemak pagi-pagi

Setiap pagi anda bangun, nak sarapan kan? Selalunya, anda tak sempat pun untuk sediakan sarapan di rumah.

Lebih mudah anda kelur rumah dan cari makcik yang jual nasi lemak. Di sini, makcik tersebut telah menyediakan satu solusi untuk memudahkan manusia setempat mendapatkan sarapan.

2. Kedai makan lauk tunjuk

Yang ni adalah kedai makan yang banyak lauk yang sudah siap dimasak. Anda datang dan tunjuk je lauk mana yang nak anda beli dengan harga sekian-sekian.

Kedai sebegini memudahkan anda untuk beli makanan tengahari atau memudahkan orang yang bekerja di sekitar untuk makan tengahari.

Bagi ibubapa yang bekerja pula, mudah. Tak perlu risau anak balik sekolah lapar tiada benda nak makan tengahari.

Anda tak perlu nak tergesa-gesa balik rumah untuk memasak. Lebih mudah untuk anda pergi ke kedai sebegini dan beli lauk siap…malah nasi pun anda boleh beli siap. Betul tak?

Jadi, wujudnya kedai makan sebegini telah membantu menyelesaikan masalah makan tengahari manusia setempat.

 

3. Perkhidmatan van sekolah, transit dan jagaan bayi

Selesaikan masalah transport anak pergi dan balik ke sekolah. Khidmat babysittter, mudahkan anda berkerja tanpa perlu bawa bayi ke pejabat.

Khidmat rumah transit, mudahkan anak anda untuk berehat sebentar, makan dan ke sekolah agama sebelah petangnya.

Kesimpulannya, bisnes-bisnes begini wujud kerana adanya keperluan setempat.

 

Bisnes gagal kerana…

Jadi di sinilah yang menyebabkan ramai dropshipper gagal dalam bisnes dropship mereka. Kerana mereka tidak ambil tahu dan kenal masalah orang-orang disekelilng mereka.

Janganlah terbuai dengan jumlah komisen yang tinggi. Untuk anda berjaya dalam bisnes malah apa jua bisnes, amatlah penting anda kenali dahulu permintaan setempat.

Ingat kembali contoh makcik jual nasi lemak.

Kaji dahulu masalah orang di sekeliling anda.

Apakah masalah yang kawan-kawan anda, jiran-jiran anda, sedara mara anda atau orang sekeliling anda sedang hadapi. Di sini anda perlu kaji dahulu apakah perkara yang mereka nak selesaikan.

 

Tawarkan solusi

Contoh, jika ramai yang bercerita tentang sakit lutut kerana faktor usia. Maka anda boleh tawarkan solusi dengan prosuk yang mengurangkan sakit lutut. Anda bolehlah mencari supplier produk tersebut dan menjadi dropship mereka.

Secara tidak langsung, anda boleh menilai permintaan terhadap produk tersebut dan anda juga boleh meminimakan kos anda untuk memulakan bisnes dropship.

Dalam siri ke-2 tentang bisnes dropship ini, saya akan sambung mengenai kos-kos yang anda perlu tahu apabila buat bisnes secara dropship.


Nota editor: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan. Ia telah disunting dengan beberapa pengubahsuaian dan tambahan ayat untuk penjelasan tanpa mengubah maksud.

~ Bukhari Ramli

Ahmad Rizal ialah seorang bekas jurujual kereta yang berpengalaman selama 9 tahun. Belajar marketing dari kosong melalui pengalaman buat marketing dan close sales secara face to face. Sekarang lebih menumpukan kepada marketing menggunakan media sosial.

SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!


Apa kata anda? Silakan komen...