Home » Artikel » 7 langkah mudah mendapatkan dan meyakinkan pelanggan di Internet — tanpa perlu jadi pakar IT atau marketing!

7 langkah mudah mendapatkan dan meyakinkan pelanggan di Internet — tanpa perlu jadi pakar IT atau marketing!

BRC POS - 7 LANGKAH INTERNET MARKETING

Pelanggan anda tercari-cari servis/produk anda. Adakah mereka dapat menjumpai anda?

Internet dan lambakan komputer, smartphone dan tablet sudah mengubah ‘corak permainan’ bisnes.

Pelanggan mencari solusi kepada masalah mereka menggunakan gajet-gajet ini. Solusi ini akan ditemui di tapak seperti website dan media sosial.

Tanpa tapak ini, pelanggan yang berhampiran dengan anda pun tidak dapat temui anda.

Sebagai contoh, katakan anda buat bisnes servis aircond di Sungai Rambai, apabila Ali Google ‘repair aircond sungai rambai’, dia tidak akan jumpa anda.

Masalah: Bagi kebanyakan bisnes kecil, bina website itu susah

Anda mungkin fikir anda perlu faham dan belajar istilah-istilah pelik yang mahu menyebutnya pun berbelit-belit. Anda mungkin fikir anda perlu tahu macam-macam perkara berkaitan IT dan website.

Jadi…

a) adakah anda perlu abaikan internet dan carian mobile?

ATAU
b) adakah anda perlu menjadi pakar dalam teknik-teknik membina dan mengemaskini laman web?

Kalau anda pilih (a), pesaing anda akan mengaut pelanggan yang mencari servis/produk dan anda akan kalah dalam permainan ini.

Kalau anda pilih (b), anda akan kehilangan banyak masa berharga yang sepatutnya anda guna untuk berbisnes. Lagipun, anda mungkin tiada bakat langsung untuk belajar ini semua.

Jangan bimbang: jalan tengah antara keduanya…

Dengan jalan ini, anda tidak akan mengedit HTML atau CSS, anda tidak akan melakukan ‘search engine optimisation’, anda tidak akan menggodek server setting dan sebagainya.

Jalan ini tidak menjadikan anda pakar membina website dan anda tidak perlu bergelar Profesor dalam bidang E-Commerce.

Tetapi anda akan ada website yang basic dan kalau anda ikut langkah-langkah ini mungkin Ali akan jumpa perniagaan servis aircond anda dengan mudah dan anda akan mendapat pelanggan baru.

Keputusan: Ali gembira, anda gembira.

Kuncinya ialah:

+ anda dijumpai APABILA pelanggan mencari penyelesaian kepada masalah mereka i.e. produk / servis anda

+ pelanggan TERUS YAKIN untuk berurusan dengan anda dengan bukti-bukti yang anda tunjukkan

7 langkah untuk menjadi awesome di internet (dan dijumpai apabila pelanggan cari)

1. Beli domain dan hosting.

Hosting ialah tapak untuk website anda. Ia seumpama anda beli tanah.

Domain ialah nama dan penunjuk arah website anda. Ia seumpama alamat. Tanpa alamat ini, tanah anda tadi tidak tahu entah di mana duduknya.

2. Download dan install WordPress.

WordPress ialah software blogging yang anda boleh pasang di hosting anda. Ia umpama rangka rumah yang anda boleh pasang di tanah yang anda beli tadi. 

Walaupun WordPress ini software untuk blogging, banyak website menggunakannya, bukan sekadar untuk blog. Ternyata ia satu software yang berkuasa.

Website yang awesome banyak menggunakan WordPress — termasuk yang anda sedang baca ini. 😉

3. Pilih theme yang kelihatan profesional.

Theme ini akan menentukan rupa bentuk website ia.

Ia seumpama cat, hiasan dan dekorasi untuk rumah yang anda bina tadi.

Keyword: PROFESIONAL.

Jangan pilih yang macam budak-budak dengan gambar belon bersepah-sepah (melainkan anda menjual belon untuk budak-budak).

Bayangkan anda berbisnes besar. Bisnes besar tidak buat perangai semacam itu.

Theme akan menunjukkan sama ada anda professional atau lekeh.

Theme yang betul akan membuatkan pelanggan percaya dengan anda sebagaimana pelanggan akan percaya kalau kedai anda tersusun cantik dan tidak bersepah.

4. Bina satu page untuk muka depan.

Ini akan jadi muka depan website anda. Tuliskan apa-apa yang anda rasa pelanggan anda perlu tahu.

Contoh:
– produk/servis yang anda jual
– kalau ada premis: pukul berapa buka dan tutup kedai
– lokasi anda, lebih baik kalau embed Google Map sekali
– bagaimana untuk hubungi anda
– mengapa anda bagus dan mengapa pelanggan patut berurusan dengan anda

5. Ubah setting WordPress.

Asalnya WordPress akan paparkan blog post terbaru anda di muka depan. Ubah supaya page yang anda bina tadi terpapar di muka depan. Blog page anda boleh diakses di muka lain.

6. Mulakan berblog.

Pastikan komunikasi berterusan dan bina kredibiliti.

Bunyi macam susah.

Tetapi… letakkan diri anda dalam situasi pelanggan.

Apa yang pelanggan mahu lihat? Cerita apa yang pelanggan anda mahukan?

Pelanggan mahu lihat anda aktif, sibuk berbisnes. Pelanggan mahu lihat anda boleh dipercayai, mereka mahu baca cerita kepakaran anda dalam industri.

Pelanggan mahu tahu apa reaksi pelanggan-pelanggan lama anda. Pelanggan mahu info-info yang membantu mereka memilih bisnes anda.

Ia semudah update Facebook atau Instagram sahaja.

Cuma sekarang, anda buat di website sendiri juga. Website yang anda kawal sendiri dan tiada risiko dibuang atau ditutup akaun oleh Facebook.

Ambil gambar. Gambar anda. Gambar kedai anda. Gambar produk anda. Gambar anda sedang servis aircond.

Tunjukkan gambar pelanggan yang berpuas hati dengan anda, gambar pelanggan tunjuk tanda bagus.

Ceritakan bagaimana anda membantu pelanggan anda.

Tunjukkan gambar produk-produk yang anda telah jual, gambar servis-servis anda sebelum ini.

Kongsikan cerita apa yang anda mahu pelanggan tahu, cerita apa yang anda mahu pelanggan anda sampaikan. Poskan ini ke blog anda.

Ambil video anda sedang servis aircond. Ceritakan apa masalah aircond tersebut dan bagaimana anda selesaikan ia.

Interviu pelanggan anda.

Buatkan supaya bakal pelanggan boleh ‘kenal’ anda sebelum jejak kaki ke kedai. Buatkan mereka suka anda sebelum mereka panggil anda datang ke rumah.

Bina kepercayaan.

Pastikan anda menggunakan keyword yang sesuai: servis aircond, repair aircond, aircond rosak, sungai rambai aircond service, servis aircond sungai rambai.

Letakkan sebagai caption gambar. Selitkan dalam cerita dan update anda. Itu sudah memadai.

7. Teruskan berblog.

Minta testimonial daripada pelanggan kesukaan anda. Ceritakan betapa sukanya mereka kepada produk/servis anda. Betapa laju dan sejuknya aircond mereka sehingga turun salji satu kampung.

Kalau anda rasa ini susah, main sikit mental dengan diri sendiri.

Jangan anggap ini blogging, anggap ini sekadar status update.

Itu saja. Ulang langkah 6 & 7 ini berkali-kali.

Hasilnya: pelanggan akan jumpa anda apabila mereka mencari penyelesaian

2-3 bulan dari sekarang, apabila Ali Google ‘aircond service sg rambai’, ‘sg rambai aircond rosak’ atau ‘tukang aircond di sg rambai’, mungkin website anda berada kedudukan teratas di Google dan Ali akan gunakan servis anda.

Mungkin hanya 10-50 pelanggan sahaja yang melawat website anda akan berurusan dengan anda.

Mari kita buat sedikit matematik.

Katakan, sebagai contoh…

– 10 orang menjumpai anda melalui website anda dalam masa sebulan
– RM50 purata harga servis aircond

Mari kita lihat hasilnya…

10 X RM50 = RM500

Matematik ini menunjukkan dalam bulan ini, blog anda ini akan membawa 10 pelanggan baru yang akan berbelanja RM500.

Dan ia akan berlaku setiap bulan!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…

Google suka website yang selalu update. Sebab itu blog memang platform yang sesuai. Semakin lama anda buat ini, semakin banyak page untuk Google indekskan. Semakin mudah pelanggan temui anda.

Perhatikan: Semakin lama, semakin ramai pelanggan baru anda akan dapat melalui blog ini.

Lakukan ini secara konsisten dan anda akan ada lebih peluang untuk terus bermain dalam gelanggang bisnes.

Anda tidak perlu menjadi pakar IT

Perhatikan: anda mungkin hanya luangkan masa 2-3 jam dan belanja RM200-300 untuk permulaan beli dan setup hosting, domain dan WordPress anda pada peringkat permulaan.

Lepas itu, mungkin 10-15 minit sehari untuk update website anda.

Anda tidak jadi pakar bina website. Anda tak usik HTML, CSS dan setting yang macam-macam. Anda tak perlu belajar font, typography, AJAX dan plugin pelik-pelik.

Anda tidak perlu jadi pakar marketing. Marketing yang bagus ialah cerita yang membuatkan pelanggan yakin untuk berurusan dengan anda. Anda tidak perlu faham istilah-istilah atau alat-alat yang fancy!

Anda hanya terus berbisnes macam biasa.

Cuma ekstra 10-15 minit sehari sambil duduk-duduk menunggu pelanggan seterusnya. Sambil itu update cerita, upload gambar dan kongsi pengalaman anda.

Andalah peniaga bijak!

Anda telah berjaya membina enjin yang menjana pelanggan untuk anda secara berterusan. Hanya 10-15 minit sehari.

Tahniah!

Adakah anda perlukan bantuan untuk menjalankan 7 langkah ini?

Mahukah anda untuk mendapatkan pelanggan berterusan melalui Internet tanpa perlu belajar atau jadi pakar IT?

KLIK SINI untuk mendapatkan servis bina web mudah untuk bisnes anda!


SUKA perkongsian ini? Kongsi manfaatnya dengan kawan-kawan.


Tekan butang LIKE & SHARE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *