Home » Artikel » APA KAITAN MARKETING, TAYAR GEMOK GEDEMPOL & CHEF suka mencarut?

APA KAITAN MARKETING, TAYAR GEMOK GEDEMPOL & CHEF suka mencarut?

Kenal Gordon Ramsay? Ye, ini chef yang suka mencarut tu!

Tahu tayar Michelin? Ye, ini syarikat tayar yang maskot dia gemok gedempol lemak berbonjol tu. Kita ejek kawan pun guna maskot ni jugak.
😂😂😂

Apa pulak kaitan dua ni dengan marketing?

Nak tahu macam mana kita boleh kurangkan kos marketing kita?

Nak tahu macam mana nak buat iklan kita diterima dan disukai audiens?

Teruskan membaca…

Satu masa dulu…

Tahun 1900, Michelin mula keluarkan tayar kereta. Masa tu baru ada lebih kurang 3,000 buah kereta kat Perancis.

Jadi macam mana dia nak CIPTA DEMAND untuk tayar dia kalau kereta pun belum banyak lagi?

Jawapan:
Michelin CIPTA DEMAND untuk kereta.

Macam mana pulak nak cipta demand untuk kereta.

Jawapan:
Michelin CIPTA DEMAND untuk orang berjalan jauh.

 

Macam mana pulak nak paksa orang berjalan jauh?

Michelin mula terbitkan Michelin Guide.

Michelin Guide mengandungi maklumat berguna untuk pengguna jalanraya yang biasa: peta, cara tukar tayar kereta, senarai mekanik dan stesen minyak.

OK…

Kat sini cerita dia jadi lebih menarik.

Apa yang luar biasa ialah Michelin Guide juga senaraikan hotel-hotel dan restoran menarik.

“Kenapa ye?”

Supaya menggalakkan pembaca pergi ke restoran jauh-jauh.
Untuk ke sana, mestilah mereka akan perlukan kereta, ye tak?

 

Nampak tak?

Michelin gunakan CONTENT MARKETING untuk dapatkan perhatian daripada audiens dengan bagi panduan dan reviu restoran…

Sambil tu boleh BINA BRAND dan DEMAND untuk tayar keluaran syarikat mereka.

 

ITULAH KUASA KONTEN!

Michelin Guide pertama dicetak lebih 35,000 naskhah. Sedangkan kereta hanya ada 3,000 buah. Nak berdakwah kepada yang belum berkereta supaya beli kereta!

Kalau setakat dia cetak iklan tentang tayar, berapa ramai yang nak baca & ambil pot?

Orang tak semestinya suka baca iklan.

TAPI…

Orang suka baca konten yang menarik bagi dia.

 

Tak berhenti setakat tu je…

Mulai 1920-an, Michelin tambah baik lagi guide dia ni.

Masa tu barulah ada sistem bagi award bintang-bintang pada restoran. Kalau kita dengar chef dan restoran dengan bangganya tayang Michelin Star, inilah dia.

Masa tu jugak guide ni tak lagi diberi percuma. Michelin buang ruang iklan dan mula jual guide ni.

PUNYALAH POWER sampai orang sanggup beli guide ni. Padahal guide ni sebenarnya iklan tayar je! Kalau flyer iklan tayar orang nak beli ke?

PUNYALAH POWER sampai chef yang popular dan ternama dengan bangganya bagitau berapa star mereka dapat. Michelin Star ni dah jadi lambang kehebatan (dan keegoan) seorang chef.

 

Lagak seorang chef

Dapat 3 bintang Michelin ni kira pencapaian kemuncak seorang chef.

Gordon Ramsay, misalnya, total semua restoran dia dapat 16 bintang Michelin. Siri TV pertama dia – Boiling Point – pun pasal perjalanan dia nak dapat 3 bintang Michelin.

Gila tak gila, sampai jadi modal cerita TV.

Sampai sekarang, ada 14 Michelin Guide diterbitkan setiap tahun dan DIJUAL di 90 negara.

Ye, benda yang asalnya iklan tayar ni, DIJUAL di 90 negara!

 

Bukan benda baru!

“SO CONTENT MARKETING NI BUKAN BENDA BARU LA YE?”

Ya.

Tepat sekali!

Dan…

Content marketing jugak bukanlah benda yang kita buat apabila saluran iklan dah tepu dan sesak.

Masa Michelin buat guide, saluran iklan belum tepu pun lagi.

Malah..

SEBELUM Michelin buat, dah ada syarikat lain buat content marketing jugak!

 

Jual majalah untuk jual traktor

John Deere – penjual traktor dan jentera untuk pertanian – sudah mula terbitkan majalah The Furrow pada tahun 1895.

Majalah ni penuh dengan konten dengan tips & teknik untuk membantu petani menjadi lebih untung.

“Kenapa syarikat traktor terbitkan majalah untuk petani?”

Pastinya untuk MENDAPATKAN PERHATIAN petani-petani. Lepas tu boleh la promote traktor dan mesin-mesin John Deere kepada mereka.

Dengan content marketing, John Deere & Michelin berjaya kumpul audiens dan boleh iklanlan produk mereka dengan lebih mudah dan murah daripada iklan konvensional.

Asas KNOW – LIKE – TRUST terbina lebih mudah kalau kita bantu audiens dengan konten bermanfaat.

 

GUNAKAN TEKNIK TERLAMA!

Tak payah obses dengan teknik terbaru terkini terhip trending sohor kini!

Kalau kita faham asas fundamental fitrah yang tak berubah zaman berzaman, kita akan nampak TEKNIK TERLAMA lebih berkesan.

Contet marketing dah lama wujud!

Caranya sahaja berubah.

Dulu pakai majalah, sekarang pakai video LIVE, contohnya.

Strategi dan asasnya TETAP SAMA.

Teknik terlama FTW!

 

Silakan SHARE pada kawan-kawan!


 

Apa kata anda? Silakan komen...