Penulis Archives - BRC.my

14 + 4 hakikat & realiti tentang iklan FB yang kita wajib tahu!

Oleh: Mohd Alif Haiqal

Ini hakikat dan realiti yang anda patut tahu sebelum mula gunakan FB ads sebagai medium marketing.

Sebelum anda bazir masa dan bazir duit dengan harapan palsu dan mimpi indah tak jejak bumi…

Eloklah baca dulu persiapan ‘perang’ FB ad ini.

Read more14 + 4 hakikat & realiti tentang iklan FB yang kita wajib tahu!

Kenapa jualan tak menjadi? Pelajaran daripada budak 2 tahun

Oleh: Zulfadhlee Ithari

Kebanyakan orang yang baru mula berjinak-jinak untuk berniaga, kita bermula dengan idea (angan-angan) bisnes yang kononnya, paling bermanfaat dan boleh membantu semua manusia di muka bumi Tuhan ini.

Betul, kitalah bisnesman teragung abad ini.

Ini benar sehingga satu peringkat kita sedar, tidak ada seorang pun pelanggan yang lekat malah kawan rapat pun dah tak nak dekat.

Oh jangan risau, anda tidak berseorangan dalam situasi ini sebab ramai yang melalui pengalaman yang sama.

Termasuklah saya!

Sampai satu hari, anak saya yang berusia 2 tahun ajar saya untuk kenal dan tahu kehendak sebenar pelanggan saya.

Apa yang berlaku?

Read moreKenapa jualan tak menjadi? Pelajaran daripada budak 2 tahun

Kenapa orang bisnes WAJIB buat ‘record keeping’?

Oleh: Amirul Faiz

Kesilapan yang selalu dilakukan pada peringkat permulaan bagi peniaga kecil dan sederhana adalah tidak menitikberatkan soal simpanan rekod atau record keeping.

Selalunya kes ini terjadi jika perniagaan tidak menggunakan sistem kod bar atau sistem perakaunan untuk merekod jualan dan bayaran.

Hanya bergantung pada transaksi bank.

Jangan tak tahu. Microsoft Excel boleh membantu. Anda hanya perlukan 1 perkara iaitu ‘kerajinan’ untuk merekod.

Boleh jadi sehari sekali. Seminggu sekali.

Bergantung kepada kadar kekerapan duit keluar masuk harian. Jika produk anda laku keras dan anda selalu lakukan bayaran harian, rekod jualan perlu dilakukan setiap hari.

Kenapa benda ini penting?

Read moreKenapa orang bisnes WAJIB buat ‘record keeping’?

PELIK TAPI BENAR: Bisnes tak berkembang sebab ‘berfikiran positif’

Oleh: Mohd Alif Haiqal

Mula belajar bisnes dengan dropship. Lepas 2 tahun masih drosphip.

Salah ke? Tidak salah.

Mula dengan dropship, sekarang sudah jadi stokis. Bisnes berkembang ke?

Tidak, belum berkembang. Diri kita sahaja yang berkembang dan membesar. Bisnes kita belum lagi.

Apa maksud bisnes itu berkembang?

Read morePELIK TAPI BENAR: Bisnes tak berkembang sebab ‘berfikiran positif’

Sibuk & tiada masa urus rumah? Gunakan 3 cara ini!

Artikel oleh: Sharifah Fuzainy

Buat bisnes dari rumah adalah satu pekerjaan yang hanya kita buat di dalam rumah. Banyak orang ingat bila kerja dari rumah lebih senang.

Ayat yang selalu saya dengar, “Bestla kau sekarang dapat jaga anak sendiri, duit pun masuk. Tak payah susah-susah nak bangun pagi pergi kerja.”

Sebenarnya, apabila bekerja di rumah kita patut lebih disiplin sebab cabaran dia lagi besar.

Kita dalam dilema: Nak buat bisnes tapi nak uruskan rumah juga. Jadi bagaimana?

Read moreSibuk & tiada masa urus rumah? Gunakan 3 cara ini!

Bagaimana bisnes ini boleh rugi ratus ribu walaupun jualan RM3 juta setahun?

Artikel oleh: Mohd Alif Haiqal

Ramai orang sangka, bila jualan bisnes meningkat, bisnes semakin bagus, confirm bagus. Sebab itu semua jadi gila pergi kelas buat marketing dan sales.

Hakikatnya tak begitu. Bisnes ada fasa. Cakap pasal fasa, semua boleh cakap, tapi nak faham dan susun bisnes mengikut fasa… ramai yang pemalas nak berfikir.

Masa jualan 10 ribu, 100 ribu, 1 Juta, 10 Juta, 100 Juta. Setiap nombor yang berbeza memerlukan pengurusan bisnes yang berbeza.

 

Tapi kenapa jualan RM3 juta setahun, bisnes masih rugi?

Read moreBagaimana bisnes ini boleh rugi ratus ribu walaupun jualan RM3 juta setahun?