Home » Rasa susah capai matlamat bisnes? Ini cara supaya nampak mudah…

Rasa susah capai matlamat bisnes? Ini cara supaya nampak mudah…

Bagaimana untuk capai matlamat bisnes?

Kadang-kadang kita takut dan tak dapat capai matlamat kerana kita rasa matlamat kita besar sangat.

Jadi, bagaimana?

Matlamat yang terlalu kecil tidak mengujakan kita. Kita akan rasa tidak bertenaga untuk kejar matlamat yang terlalu kecil.

Matlamat yang terlalu besar pula buatkan kita rasa tidak mampu buat. Terkebil-kebil termenung melihat matlamat yang tertulis dan kita pula jadi takut untuk keluar dari zon selesa untuk mencapainya.

 

Cari titik keseimbangan matlamat

Antara matlamat terlalu besar dan terlalu kecil, kita perlu cari titik keseimbangan.

SUPAYA kita dapat manfaat daripada menetapkan matlamat dan tidak rasa lumpuh melihat matlamat terlalu kecil atau besar.

IKUT petua ini:

How do you eat an elephant? One bite at a time!

Bagaimana kalau kita perlu makan gajah? Satu gigitan setiap kali!

 

Makan, jangan sampai tercekik

Jangan gigit besar-besar sampai tak mampu telan.

Apa yang kita perlu buat ialah: potong kepada saiz kecil-kecil supaya mudah digigit, dikunyah, ditelan dan dihadam.

Sama juga dengan matlamat kita.

Jangan hadap satu matlamat besar sekaligus!

Pecahkan ia kepada potongan kecil-kecil.

 

Pecahkan matlamat kepada saiz mudah hadam

Contoh:

Matlamat: Jualan RM500,000 setahun

Pecahkan kepada bulan dan hari akan jadi:

RM41,667 sebulan atau RM1,369 sehari

Pecahkan lagi…

Katakan satu produk berharga RM50, anda hanya perlu jual 27-28 unit produk sehari.

Sekarang, RM500,000 sekali hadap nampak besar dan susah.

Cuba fokuskan pada 28 unit produk sehari, nampak lebih mudah dibuat kan?

FOKUS pada apa yang kita perlu buat setiap hari tanpa perlu takutkan sangat dengan matlamat yang besar.

Kira-kira ini boleh dipecahkan lagi.

Contoh: pecah kepada beberapa kategori pelanggan, beberapa orang ejen atau beberapa channel jualan.

Kalau kita ada 7 orang ejen, kita hanya perlu dapatkan seorang ejen untuk jual sebanyak 4 unit sahaja sehari untuk mencapai matlamat kita yang besar tadi.

 

Dua-dua pun dapat

Hasilnya:

a) Matlamat kita ialah jualan RM500,000 setahun. Ia besar dan mengujakan kita.

b) Matlamat jualan setiap ejen hanyalah 4 unit sehari. Ia jumlah yang kecil dan kita rasa boleh buat.

Akhirnya, kita dapat manfaat daripada dua-dua nombor ini.

 

Ramai yang ada impian tapi rasa susah untuk bertindak.

Ramai orang yang makin belajar, makin serabut kepala.

NAK TAK cuci kepala otak anda supaya anda nampak jalan cerah dan boleh paksa diri bertindak?

KLIK SINI untuk sertai satu group KHAS untuk pecahkan kebuntuan anda dan paksa anda bertindak!


Adakah anda rasa ia membantu?

SHARE dengan kawan-kawan.

Apa kata anda? Silakan komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *