Home » Tip untuk buang rasa takut pesaing jual lagi murah

Tip untuk buang rasa takut pesaing jual lagi murah

OK.

Mesti ramai yang dah tahu, dalam semesta BRC, buang harga memang satu dosa besar.

“Tapi, macam mana tak nak buang harga? Saya takut la semua pesaing saya jual murah!” 😱😱😱

Haaaaaa…

Memula tarik nafas panjang dulu.

Bawak bertenang.

Pos ini panjang tau.

Sambil kita bercerita pasal buang harga jual murah ini, sambil saya nak ajar cara memahami kekusutan dalam kepala sendiri.

BONUS ni!

Suka tak, suka tak?

Memang kusut kan memikirkan pesaing jual murah ni…

 

Cara selesaikan kekusutan

Cara untuk selesaikan ialah:
KELUAR daripada kekusutan itu.

Bayangkan kekusutan tadi macam satu bilik. Selama mana kita dalam bilik tu, kita akan sesak sempit kusut serabut huru hara kacau bilau hiruk pikuk gundah gulana kelam kabut gegak gempita lauk pauk kayu kayan bukit bukau gunung ganang tanah pamah dan tulang belulang.

KELUAR segera dari bilik itu!

 

Dah keluar?

OK.

Masa untuk bertenang.

Dan…

 

Tengok semula dengan pandangan baru

Masa untuk tengok kekusutan tadi dari luar.

Maksud saya…

Selama ini kita terima je kekusutan ‘TAKUT PESAING JUAL MURAH’ tadi menghantui kita.

Kita tak pernah ambil masa untuk pecah-pecahkan dan periksa benda ni.

Macam hantu jugak la…

Kita takut benda yang kita tak kenal. Nampak benda melambai dalam gelap, takut! Ingatkan hantu. Rupanya kain langsir tengah sidai.

Appada!

Itu pun takut.

Takut ke tu? 😂

 

Kenali ketakutan & kekusutan sendiri

Selalu orang kata…

Tak kenal maka tak cinta.

Hari ini, saya mahu kenalkan satu pepatah baru:
TAK KENAL MAKA TAK BERANI.

Kita takut dan kusut dengan satu benda tu sebab kita tak kenal.

Jom kita berkenalan dengan isu ‘TAKUT PESAING JUAL MURAH’.

Macam mana caranya untuk berkenalan?

Kita pecahkan komponen dan kita godek satu-satu.

 

 

1. APA MAKSUD PESAING?

Biasanya orang maksudkan pesaing:

+ Selesaikan masalah yang sama kita selesaikan

+ Orang lain yang jual dalam niche yang sama

+ Orang yang offer sama macam apa yang kita offer

+ Player lain dalam market yang sama

+ Peniaga lain yang jual produk atau servis yang sama

 

2. APA MAKSUD JUAL MURAH?

Maksudnya, jual dengan harga murah.

Harga yang lebih rendah.

Menggunakan harga rendah sebagai senjata & kelebihan untuk lawan pesaing.

 

3. APA MAKSUD TAKUT?

Secara tepatnya: APA MAKSUD TAKUT PESAING JUAL MURAH?

Kenapa takut?

Kita tengok balik no 1 (Apa maksud pesaing) dan no 2 (jual murah).

Kalau kita maksudkan pesaing sebagai peniaga lain yang tawarkan BENDA YANG SAMA DENGAN CARA YANG SAMA dengan harga lebih murah…

MEMANG PATUT KITA TAKUT!

Dengan cara yang sama = tiada beza!

Kalau tiada beza antara kita dengan pesaing…

Teka siapa yang pelanggan akan pilih?

Mesti dia pilih yang murah!

Betul tak?

Kita sebagai pelanggan pun macam tu jugak kan?

Habis tu kenapa nak pelik sangat?

 

Sama je pisang ni. Ambil mana-mana pun takde beza.

 

Kenapa kita takut?

Kita explore lagi pasal takut ni.

Sebelum kita boleh buang rasa takut, kita perlu tahu kenapa kita takut.

Kita takut KERANA ada pesaing yang tawarkan benda yang sama macam kita tawarkan dengan harga lebih murah.

Mudahnya:
Kita takut kerana kita tiada kelebihan lain selain dari harga.

Kalau kelebihan kita hanya pada harga, kita akan kalah pun dengan harga.

Orang kampung saya cakap:
If you win by price, you’ll lose by price.

 

Ulang sekali lagi!

Kali ini dengan huruf besar:
KITA TAKUT KERANA ADA PESAING YANG TAWARKAN BENDA YANG SAMA MACAM KITA TAWARKAN DENGAN HARGA LEBIH MURAH.

Kalau kita pusing sikit:
Kita takut sebab pesaing kita jual murah DAN takde beza, takde kelebihan pun yang kita tawarkan berbanding pesaing kita.

Ambil masa kejap…

Hadamkan yang tu dulu!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Boleh ikut setakat itu?

Ambil nafas jap…

Penat wooo tulis pepanjang ni.

Tak, tak. Saya tipu je. Saya dah biasa tulis panjang. Rilek je ni. Audiens je la yang pancit nak baca pepanjang ye tak?

MEMBACA JAMBATAN ILMU.

Kan banyak tulis kat dinding sekolah dulu?

Membaca panjang la dapat belajar banyak. Ye tak?

Seronok kan baca pepanjang ni?

Saya yang tulis pun seronok sebab banyak benda dapat kongsi bila menulis panjang.

Betul tak?

OK.

Iklan kempen membaca tamat!

Kita sambung…

.

.

.

.

.

 

Cara buang takut

Jadi…

CARA UNTUK TIDAK TAKUT PESAING JUAL MURAH IALAH…

1. Kita perlu YAKIN kita ada kelebihan lain selain harga murah.

2. Kita perlu BERITAHU pelanggan dengan yakin kita ada kelebihan selain harga murah.

3. Kita perlu BERANI ‘halau’ pelanggan yang semata-mata mahu harga murah.

 

Senang cerita…

Kalau kita jenis TAKDE TELOR…

Asal jual je nak main murah. Asal jual je nak main murah.

Memang patut kita takut.

Sebab kepala otak kita tak nampak benda lain yang pelanggan mahu selain murah.

Kalau kita guna murah sebagai senjata kita, tak payah pelik kalau senjata ni makan tuan apabila ada orang lain guna senjata sama yang lebih hebat i.e. JUAL LAGI MURAH.

Sedangkan banyak je benda lain yang orang nak selain harga murah!

Kalau semua nak murah, takde la kereta Mercedes, BMW, Range Rover ada pembeli!

Baik diorang beli Kancil second hand.

Atau baik naik bas je. Tambang bas lagi murah.

Atau paling power, baik jalan kaki je ke mana-mana. Tambang bas pun tak payah keluar!

Masalahnya…

Ramai antara kita menjual main jual saja.

Tidak tahu apa butir yang dijual.

Tidak buat kajian produk dan kajian pelanggan.

Produk sendiri pun tak kenal.

Tahu nak jual je!

Jadi…

SENDIRI TIDAK YAKIN dengan produk.

Sebab tu kalau ada problem jualan je, terus bagi diskaun. Terus guna harga murah sebagai senjata.

 

Senjata paling cokia

Tawaran harga murah ialah senjata paling cokia.

Tawaran harga murah tanpa kelebihan lain ialah senjata bagi PENIAGA BODOH.

JANGAN jadi peniaga bodoh.

Ye, bodoh!

Tak yah tapis-tapis la cakap kan?

Senang faham macam ni. Senang sikit sedar.

Kesedaran ialah langkah pertama ke arah perubahan.

Dah sedar kebodohan, baru la kita pergi belajar.

 

Ubat kepada masalah ini ialah…

Ready nak tahu?

Sure?

Bukan senang tau!

.

.

.

.

.

Penyelesaiannya ialah…

Jawab soalan ini:
Apa benda yang aku boleh bagi pada pelanggan sampai dia tak kisah pasal harga, pesaing lain dan sanggup bayar lebih mahal?

Penyelesaian ini bukan magik.

Kita kena usaha untuk beri lebih pada pelanggan sampai dia tak kisah bayar harga mahal dengan kita walaupun ada pesaing lagi murah.

Kalau dia cakap:
Ada orang lain lagi murah.

Kita boleh jawab dengan yakin:
Pergi la beli dengan dia kalau murah yang Tuan Puan cari. Tuan Puan nak murah ke nak yang berkesan?

 

Beri lebih daripada pesaing. Bezakan diri dengan pesaing.

 

Ingat riwayat ini:
“Tiada seorang pembeli (apa jua produk/servis) wujud di muka bumi ini melainkan baginya sebab-sebab lain yang lebih penting dan relevan (dalam membuat pilihan membeli) daripada sekadar sebab harga.”

~ Bukhari Ramli

 

 

Boleh ikut ke ni?

Panjang tak cerita benda ini?

Kalau anda mahu jawapan mudah dan pendek-pendek…

Cari kat tempat lain.

Jangan menyibuk di sini.

Kat sini kita cerita panjang-panjang supaya faham. Step by step. Baru terbuka dan berjalan otak tu.

Jangan asik nak kena suap dengan benda hype dan tak payah fikir.

Jangan terus membodohkan diri sendiri.

 

Perjalanan baru bermula…

OK…

Cerita pepanjang pun…

Tak habis lagi ni.

Memang dah panjang.

Tapi…

Ni baru mukadimah je. Panjang lagi kita boleh sambung isu ni…

Boleh buat satu buku tau!

Nak cerita taktik pendek pendek memang senang. Nak cerita langkah close sale memang boleh buat 3 langkah, 5 langkah, 6 langkah…

Tapi nak faham mindset dan BUAT taktik tu dengan yakin, panjang macam ni latihan kita kena hentak dalam kepala.

Itupun baru start je ha.

Inilah cara saya & BRC bagi audiens faham.

 

Syukur

Tahniah baca sampai ke hujung.

Syukur alhamdulillah kita diberi peluang belajar sedikit ilmu.

Doakan ilmu ini bermanfaat dan membantu. Bantu sebarkan pada orang lain.

Amiin.

Nak belajar cara BETUL-BETUL KENAL PELANGGAN sampai berani jual lagi mahal dari pesaing?

KLIK SINI untuk belajar dengan lebih mendalam!

 


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!


Apa kata anda? Silakan komen...