Home » Pergi seminar dan belajar benda yang sama, tapi kenapa hasil kita lain-lain?

Pergi seminar dan belajar benda yang sama, tapi kenapa hasil kita lain-lain?

Dalam karya saya (oh, mungkin pelik kalau orang merujuk kepada kerja sebagai marketing consultant sebagai karya), saya banyak mendapat ilham daripada seni; filem yang bagus, muzik yang bagus; atau sebenarnya, daripada orang seni yang mempunyai taste dan aestetik.

Senang cerita, mereka yang bekerja bukan kerana imbuhan tetapi kerana kepuasan berkarya.

Mereka yang bekerja dan mempunyai prinsip aestetik yang mereka yakin dan pegang.

Kita mungkin tidak setuju dengan taste mereka; tapi kita boleh kagum dengan kekuatan dan keyakinan mereka menegakkan apa yang mereka percaya.

Saya cuba untuk menjadi seseorang yang berkongsi untuk kepuasan dan HANYA dalam perkara yang memenuhi taste saya.

 

Sekolah tidak mengajar seni dan aestetik

Kita boleh belajar teknik. Kita boleh belajar cara-cara dari langkah 1, langkah 2 dan seterusnya.

Tapi kita tidak boleh diajar seni dan aestetik.

Atau, dalam bidang kerja saya, mengajar orang bisnes supaya berfikir lebih tentang bisnes mereka sendiri.

 

Tahu teknik POWER, tapi tak pandai guna!

Kita boleh diajar teknik dan taktik langkah demi langkah, tapi perkara yang lebih penting tapi sukar diajar ialah prinsip, falsafah dan ‘rasa’ intuitif — radar dan kompas yang menunjukkan pada kita ini jalan betul, ini jalan salah.

Kita boleh diajar maklumat, kita boleh diajar pengetahuan. Tapi kita tidak boleh diajar kebijaksanaan. Itu kita perlu cari sendiri.

Kita boleh disuap manual dan panduan. Ia tidak akan beri daya berfikir sendiri.

Kita boleh tarik kuda ke gigi air. Terpulang kepada kuda itu untuk minum sendiri.

 

Kenapa saya tidak berjaya? Kenapa orang lain berjaya?

Sebab kita malas.

Sebab kita lihat sekadar permukaan.

Sebab kita tidak mahu ambil masa berdepan realiti, menghadap cermin melihat secara objektif menilai diri sendiri.

Sebab kita mahu jalan mudah.

Sebab kita mahu disuap.

Sebab kita tidak pernah mahu ambil tahu apa yang berlaku di bawah permukaan; pengorbanan yang orang yang berjaya telah buat untuk sampai ke tahap sekarang.

Sebab kita suka melihat umpama ada satu butang magik yang perlu kita tekan dan kejayaan akan datang mencurah-curah tanpa usaha.

Sebab kita mahu maklumat disumbat kepada kita tapi kita tidak mahu ambil masa mencerna menghadam maklumat memproses menjadi kebijaksanaan yang memandu kita.

Sebab kita tidak mahu ambil masa tambah baik diri sendiri, tiada masa untuk menambah ilmu, tiada masa menghadam ilmu.

Sebab…

Sebab…

Sebab…

 

Menulis dapat duit? Macam menarik je…

Macam best je kerja kau bro. Tulis emel pun dapat duit ye? Aku nak jadi macam kau la…

Macam mana si A boleh buat sales beribu-ribu. Apa rahsia dia senang buat duit?

Apa trik-trik marketing yang mudah ye?

Apa SATU ayat magik yang boleh membuatkan sales saya meletup?

Apa bisnes yang PASTI untung dengan mudah?

Saya pernah ditanya seperti di atas. Bukan seorang dua.

Kemudian minta saya ajar mereka.

Bangun!

Seriously?

Bolehkah kita cakap pada pemandu teksi: ‘Senangnya kerja abang. Duduk dan pandu pusing-pusing bandar pun boleh dapat duit.’

Bolehkah kita cakap pada corporate lawyer: ‘Senangnya kerja kau. Tulis surat amaran dan cakap-cakap dalam boardroom pun boleh dapat duit.’

Boleh kita cakap pada cikgu: ‘Senangnya kerja cikgu. Membebel je kat depan kelas pun boleh dapat duit.’

Boleh?

 

Kepandaian teknikal vs seni, aestetik dan *taste*

Salah seorang pengarah yang saya suka aestetiknya ialah Quentin Tarantino.

Quentin apabila ditanya tentang bagaimana beliau boleh mengarah filem tanpa perlu ke sekolah filem:

“You know it′s funny; to me most cinema schools don′t teach you that much aesthetically you need to come to it with your own aesthetic.

“And actually part of becoming an artist is discovering your aesthetic. They might teach how to synch soundtrack with pictures, or they might teach you a few different editing tricks or ‘oh you can do this with a camera’ and they will show you some movies.

“But part of becoming an artist is discovering your aesthetic you start off going ‘I like this but I don′t like this…’ But then you start realising the difference between good work and bad work, not just ‘I like this but I don′t like this’.

“And then you start to fine-tune your aesthetic.”

 

Apa yang Quentin cakap ialah:

1. Sekolah dan kelas boleh mengajar teknik. BAGAIMANA untuk buat sesuatu.

2. Terpulang kepada kita untuk memilih APA yang patut kita buat.

3. Paling penting sekali, terpulang kepada kita MENGAPA kita perlu buat sesuatu.

4. Terpulang kepada kita untuk membina ‘rasa’ kita: benda ini bagus, benda itu kurang bagus; ini patut dibuat, itu tidak patut dibuat; lebihkan yang ini, kurangkan yang itu.

Terpulang kepada kita untuk membina daya berfikir sendiri. Terpulang kepada kita untuk berfikir lebih tentang hidup kita sendiri.

5. Sekolah dan kelas tidak mengajar kita kebijaksanaan. Kita boleh telan ilmu dan maklumat sampai kembung perut, tapi tiada guna kalau ia tidak dihadam dicerna dianalisa.

 

Pandai maklumat VS terdidik bijaksana

Kita pergi sekolah. Kita cuma belajar menghafal maklumat untuk lulus periksa.

Kita pergi kelas itu ini seminar sana sini bengkel atas bawah sampai tidak cukup masa. Sampai rasa mahu bahagi dua bahagi tiga diri sendiri.

Apa yang kita cari?

Adakah kita buat proses self discovery?

Adakah kita belajar menghadam mencerna menganalisa?

Adakah kita dapat tukarkan ilmu dan maklumat mentah kepada kebijaksanaan yang memandu kita buat keputusan?

Adakah kita membina asas yang kukuh dan fokus pada kerja yang patut?

Atau kita sekadar mabuk euforia melayan perasan mahu *belong* dalam sesuatu kumpulan?

Atau kita sekadar bangga menayang pergi kelas seminar bengkel sana sini utara selatan timur barat?

Mungkin sebab itu makin banyak kelas dan seminar kita pergi, kepala kita makin serabut…

 

Ramai orang serabut dengan pelbagai ilmu yang buat kepala semakin semak.

Ilmu makin banyak, kepala makin serabut.

Kepala makin serabut, bisnes pula sangkut.

Sudah buat macam-macam perkara, bisnes masih tak bergerak.

NAK CUCI KEPALA ANDA supaya boleh bertindak?

KLIK SINI untuk join satu group KHAS untuk belajar cara berfikir dan belajar yang betul supaya lebih banyak ilmu tidak buat anda serabut…


BERMANFAAT? Jangan lupa kawan-kawan…
Tekan butang SHARE!

Apa kata anda? Silakan komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *