Home » Artikel

7 perkara penting anda perlu tahu pasal buat bajet iklan berbayar

Berapa patut kita bajet untuk buat FB ads (iklan berbayar)?

Berapa kos CPC yang bagus?

Macam mana nak tahu marketing kita menjadi ke tak?

OK…

Semua ini boleh dijawab berdasarkan kira-kira dan data dalam marketing.

Kita tengok sikit dulu…

 

1. Setiap kali buat marketing, mesti ada TUJUAN jelas.

Jangan rasa macam nak buat branding, tapi dalam masa sama nak buat jualan jugak, nak kumpul leads jugak.

Jelaskan dengan diri sendiri:
APA TUJUAN aku buat marketing atau iklan berbayar ni?

 

2. Setiap TUJUAN jelas ini mesti ada cara untuk kita ukur.

Main bola mesti ada gol. Kalau tak nak tembak mana?

Pilih target yang kita mahu capai dalam bentuk apa yang boleh diukur.

Kalau nak buat jualan, apa ukuran target dia?

Kalau nak kumpul leads, apa ukuran target dia?

Kalau nak kumpul emel, apa ukuran target dia?

 

3. Contoh tujuan jelas dan kiraan jelas:

A.
Objektif marketing:
Mendapatkan jualan

Metrik:
Jumlah pelanggan yang berjaya close
Customer acquisition cost (CAC) / kos mendapatkan seorang pelanggan

Cara kira:
Berapa belanja marketing / berapa pelanggan dapat.

RM1,000 kos marketing / 50 pelanggan = RM20 kos mendapatkan seorang pelanggan.

 

B.
Objektif marketing:
Mendapatkan prospek (sama ada hubungi nombor telefon atau PM)

Metrik:
Berapa lead dapat kumpul
Cost per lead (CPL)

Cara kira:
Berapa belanja marketing / berapa prospek dapat

RM1,000 kos marketing / 1000 prospek PM = RM1 kos mendapatkan 1 PM

 

C.
Objektif marketing:
Mendapatkan email subscriber

Metrik:
Berapa emel berjaya dikumpul
Cost per subscriber

Cara kira:
Berapa kos marketing / berapa subscriber dapat

RM1,000 kos marketing / 500 email subscriber = RM2 kos mendapatkan seorang email subscriber.

 

4. Berapakah metrik yang sepatutnya dicapai?

Tak tentu.

Lebih penting lagi sebenarnya untuk kita sendiri tahu apa ROI yang kita mahukan.

Jangan ikut orang.

Setiap orang ada tujuan berlainan.

 

5. Kalau tanya kempen saya, biasanya boleh dapat (anggaran, bukan jumlah tepat):

RM0.50 per komen (sekarang mungkin lebih mahal)
RM2 per survey yang menjawab panjang lebar
RM2 per email subscriber (siap no telefon)

CAC tak tentu.
Bergantung kepada funnel. Ada yang RM5 per pelanggan. Ada yang sampai RM50 per pelanggan. Ada yang sampai RM500 per pelanggan!

“Biar benar kos RM500 untuk dapat seorang pelanggan?”

Ye. Betul.

Ini sambung ke poin seterusnya…

 

6. Berapa patut letak bajet iklan?

Yang mana yang bagus?

CAC RM50 ke, CAC RM5?

Kita tak lagi mencari CPC murah. Bagus ada kemajuan di situ. Takde orang lagi serabut mencari CPC 1 sen macam dulu.

Jadi…

Adakah kita patut cari CAC murah?

Pun tak juga!

Semua tu tak kisah sangat.

Sebab apa?

Sebab pelanggan tak semuanya sama.

Ikutkan data kami:
Ada pelanggan yang bayar RM50. Ada pelanggan bayar RM500. Ada pelanggan bayar RM5,000. Ada pelanggan yang bayar RM50,000.

Adakah semua pelanggan yang berlainan ini ditimbang dengan neraca CAC yang sama?

Pastinya tidak.

Kita tak kisah nak dapat CAC murah kalau dapat pelanggan berbaloi.

Biarlah CAC RM500 seorang, tapi dapat pelanggan yang sanggup bayar RM50,000.

Kalau bayar RM500 boleh dapat RM50,000… Rasa mahal ke RM500 tu?

Adakah kita akan masih berkira bajet iklan?

Jadi…

Sebelum tanya bajet iklan RMx ni berbaloi tak… Kita sendiri kena tahu: berbaloi tu macam mana nak kira?

 

7. So apa yang kita tengok?

CPC pun ye. CPL pun ye. CAC pun ye.

CPC pun bukan. CPL pun bukan. CAC pun bukan.

Semuanya betul.

Semuanya salah.

Pening tak?

Hahaha.

Akhirnya, kita perlu tahu TUJUAN AKHIR yang kita mahu capai. Yang tadi-tadi tu sekadar jalan untuk capai sahaja.

PENTING untuk kita tahu setiap tahu metrik tadi.

Tapi yang LEBIH PENTING ialah bagaimana ia berkait antara satu sama lain dan bagaimana ia berkait dengan TUJUAN AKHIR yang kita mahu capai.

Kira-kira bukan setakat nombor matematik tolak tambah bahagi darab. Matematik ini jalan kerja untuk kira je.

Apa benda yang kita nak kira tu yang kita kena faham.

Lepas kita faham… Baru kita boleh kira dengan kira-kira yang betul!

Termasuklah kira-kira plan bajet marketing ni.


Belajar sesuatu?

Nak belajar buat kira-kira bisnes & marketing lebih mendalam?

JOIN TRAINING PERCUMA: Kira-kira yang orang bisnes wajib tahu.

Percuma saja, tak perlu bayar.

Online saja, tak perlu keluar rumah pun. Sambil baring bergolek-golek kat rumah pun boleh.

Isi saja borang di bawah untuk sertai secara PERCUMA…

Pastikan alamat emel yang betul. Jika tak dapat emel, mohon isi semula dengan butir yang TEPAT!


“Terima kasih banyak sebab banyak input. Sampai tak dapat tidur malam sebab baru tahu mana silap saya selama ini.

“Alhamdulillah Allah swt bagi jalan dalam menyedari kesilapan ini.”

Saya buat bisnes dah lama, tapi nampak tak dapat ke mana. Gitu je. Baru saya tahu banyak benda macam pusingan modal, untung rugi kos margin, dan kira-kira lain yang saya tak ambil tahu.”

 “Saya betul-betul terasa pasal duit keluar masuk tu. Sejujurnya, saya tak kira pun berapa banyak duit keluar untuk bisnes saya seperti internet, FB ads, IG ads, postage.

Kalau kira betul-betul memang tak untung pun. Alhamdulillah semalam ada orang share link pada saya. Mungkin rezeki saya Tuhan hantarkan Tuan untuk sedarkan saya. Terima kasih sangat-sangat.”


Kalau salah kira-kira, bisnes anda mungkin takkan untung…

Saya banyak buat kira-kira bisnes untuk klien & partner.

Tak sia-sia dulu belajar Mechatronics Engineering jauh-jauh… Walaupun tak jadi engineer.
😅

Dalam artikel ni, kita akan tengok kira-kira macam mana kita patut buat SEBELUM buat bisnes.

Kalau anda tak mahu buat bisnes yang rugi, silakan baca sampai habis…

 

Nombor tidak menipu

Kita sendiri yang tipu diri sendiri apabila kita tak nak tengok atau tak terfikir langsung buat kira-kira sebelum buat bisnes.

Bisnes kan main dengan duit keluar masuk? Takkan tak nak buat kira-kira SEBELUM buat bisnes.

Kita wajib buat kira-kira supaya kita boleh buat simulasi macam mana gameplan kita dalam bisnes nanti.

Nak untung berapa?

Berapa untung setiap unit?

Berapa unit boleh jual?

Boleh ke kita jual sekian banyak pada harga sekian?

Semua jawapan kepada soalan ini akan menentukan gameplan kita.

 

Hero kalah dulu

Kalau kita buat projek besar — katakan nak buat menara dengan bajet RM800 juta — kita akan buat feasibility study.

Syarikat pembinaan akan keluar bajet — katakan RM3 juta — untuk hire analyst, engineer, geologist dan sebagainya untuk buat penilaian projek tu boleh jalan atau tak.

Kalau hasil penilaian risiko tadi cakap tak boleh buat menara tinggi di kawasan itu…

Adakah syarikat tadi sudah bazir RM3 juta?

Jawapannya: TIDAK! Syarikat itu terselamat daripada keluar bajet RM800 juta untuk projek yang akan gagal.

Sama macam kita tadi…

Kita buat simulasi dan kira-kira SEBELUM buat bisnes untuk menilai bagus atau tidak untuk teruskan bisnes kita.

Biarlah kita kalah dulu masa simulasi. BUKAN kalah SELEPAS berhabis banyak keluar duit, masa dan tenaga untuk buat bisnes tu.

 

Pandangan songsang peniaga baru

Masalahnya…

Ramai peniaga baru yang rasa membazir RM3 juta tu. Huh! Baik tak payah buat!

Ramai yang rasa baik terus terjun je buat bisnes daripada bazir masa dan duit buat simulasi.

Ada pula yang cakap kerja-kerja mengkaji risiko kegagalan bisnes ini sebagai NEGATIF! Pulak dah!

Orang Melayu dari dulu lagi dah cakap: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

Baik kita cari titik kegagalan tu awal-awal. Tinggalkanlah budaya positif terlajak ni!

 

3 situasi kira-kira bisnes

Dari dulu, dapat je kes yang boleh buat kira-kira, saya terus buka Excel dan acah-acah jadi engineer. Hahaha.

Nasib baik tak buka MATLAB bagai. Saya fal bab tu.
😭

Ada 3 kategori PENTING yang saya nak kongsi…

Dua rugi.

Satu lagi boleh untung.

Jom kita tengok…

 

Untung… Tapi rugi!

1. Paling biasa, kira-kira yang pemilik bisnes rasa untung… Tapi sebenarnya RUGI!

Ini biasa berlaku.

Terutamanya pada yang bisnes geli-geli part time sambil makan gaji full time dan isteri yang buat bisnes untuk bantu suami.

Terutamanya yang buat bisnes di rumah, tak ambil gaji sendiri, guna ruang di rumah dan guna utiliti rumah.

Akhirnya gaji sendiri atau gaji suami yang tampung bisnes tanpa disedari.

Kalau boleh kembang pun, tak mampu kembang sebab tiada bajet gaji, utiliti dan sewa dari awal.

Saya jamin lebih 90% bisnes macam ni tak seuntung seperti disangka.

Rasa-rasa buat duit dah, untung banyak dah…

Tapi… Hmmm kelabu asap!

 

Bisnes takkan menang

2. Kira-kira bisnes kategori takkan menang.

Bisnes yang takkan untung.

Atau susah nak untung.

Disebabkan kira-kira yang dah memang cacat dari awal.

Contoh:
Nak untung RM10,000 kena jual 2,000 unit. Margin RM5 saja seunit.

Tapi…

Nak jual 2,000 unit pulak, kena keluar modal besar untuk beli atau buat produk. Modal pulak, kena keluar dulu. Hasil jualan pulak, kena term 60 hari.

Strike one, two, three terus kat situ!

Modal besar. Modal beku. Sementara tunggu duit rolling, kena jugak produce produk lagi. Mana nak cekau duit?

Kalau ada berpuluh beratus ribu cash cushion takpe jugak.

Kalau takde?

Memang tak boleh hidup.

 

Bisnes boleh ‘pergi’…

3. Kira-kira bisnes yang ada potensi.

Sebelum mula, dah buat kira-kira dengan beberapa hipotesis awal.

a. Nak untung sebanyak RM X
b. Nak untung RM X, kena jual pada RM Y sebanyak Z unit

Ini TARGET AWAL.

Reality check:
Boleh ke jual dengan harga RM Y sebanyak Z unit?

Buat validation. Tanya pada market. Dapatkan lebih data untuk sokong teori boleh jual dengan harga RM Y sebanyak Z unit.

Kalau tak boleh? Kena update kira-kira.

TARGET BARU: Jual pada harga RM Q sebanyak R unit.

Awal-awal buat kira-kira kasar saja dahulu. Tak perlu pergi teliti dan butir terperinci.

Kalau kiraan awal nampak cerah…

Baru godek-godek benda detail terperinci.

Kemudian kita akan dapat parameter atau syarat-syarat ukuran yang mesti kita capai.

Parameter:
a. Kalau nak untung RM X…
b. Kena jual pada harga RM Q…
c. Sebanyak R unit.

Jadi sekarang, kita dah ada parameter sebagai panduan. Tak la main tala main sebat je mulakan bisnes tanpa pedoman!

Kalau tinggi keyakinan dan kebarangkali untuk berjaya capai TARGET yang ditetapkan…

Barulah LAYAK buka bisnes.

Kalau situasi tak membenarkan kira-kira ini terjadi…

Eloklah kita elakkan melabur duit, masa dan tenaga untuk bisnes ini.

 


Nak belajar lebih lagi pasal kira-kira bisnes?

Ada banyak lagi benda pasal kira-kira bisnes ni yang saya nak kongsi. Lebih mudah dan lebih faham kalau saya kongsi guna video.

Daftar di borang di bawah untuk dapat update tentang TRAINING VIDEO PERCUMA kira-kira bisnes…

“Saya dah kira account ikut macam Tuan Bukhari cakap. Nak meraung bila kira-kira kos yang lain hasil jualan 1 barang ada yang kita anggap untung 50% tapi hakikatnya 2% saja.

Saya buat bisnes dah lama, tapi nampak tak dapat ke mana. Gitu je. Baru saya tahu banyak benda macam pusingan modal, untung rugi kos margin, dan kira-kira lain yang saya tak ambil tahu.”

 “Saya betul-betul terasa pasal duit keluar masuk tu. Sejujurnya, saya tak kira pun berapa banyak duit keluar untuk bisnes saya seperti internet, FB ads, IG ads, postage.

Kalau kira betul-betul memang tak untung pun. Alhamdulillah semalam ada orang share link pada saya. Mungkin rezeki saya Tuhan hantarkan Tuan untuk sedarkan saya. Terima kasih sangat-sangat.”


Makin banyak produk, makin rugi! Kenapa?

1. Dalam apa jua kerja kita, satu benda yang kita lupa ialah FOKUS.

 

2. Banyak tidak semestinya menghasilkan lebih banyak.

 

3. Case study:
Jual 1 produk, jualan sebulan RM50,000.
Jual 2 produk pun, jualan sebulan RM50,000.
Jual 3 produk pun, jualan sebulan RM50,000.

 

4. Apa yang berlaku ialah penambahan produk tidak membawa penambahan jualan. Lebih teruk lagi, dalam banyak kes yang BRC jumpa dalam consulting…

 

SEMAKIN TAMBAH PRODUK, JUALAN SEMAKIN JATUH

5. “Eh, bagus la tambah produk. Daripada takde, baik ada! Daripada dua, baik tiga!”

Ya. Ini satu benda yang counter-intuitive. Jadi PENTING untuk faham supaya tidak mudah tertipu lagi.

 

6. Kita mesti fikir tentang OPPORTUNITY COST.

Salah satu prinsip penting dalam ekonomi ialah:
The true cost of something is it’s opportunity cost.

Maksudnya:
Kos sebenar untuk setiap perkara ialah kos peluang.

Apa itu kos peluang? (Pelik bunyinya dalam bahasa Melayu. Haha.)

Opportunity cost = apa yang kita TAK dapat buat jika kita buat sesuatu.

 

Peluang yang kita terlepas…

7. Contoh:
Kita beli murtabak dengan harga RM3.50. Dan itu sahaja duit kita ada. Lepas beli, habis duit dah.

Apabila kita beli murtabak itu, kita tidak dapat guna RM3.50 itu untuk beli tepung pelita Paya Jaras.

Apabila kita beli murtabak itu, kita terlepas PELUANG beli benda lain dengan duit itu.

Kos murtabak itu bukan sahaja RM3.50, tetapi kita kena ambik kira benda-benda lain yang kita tak dapat beli dengan duit itu.

Tak dapat beli tepung pelita Paya Jaras, tak dapat isi minyak motor, tak dapat beli air katira, tak dapat beli coki-coki, tak dapat sedekah, tak dapat beli komik Doraemon dan seribu satu macam lagi.

 

Makin banyak produk, makin rugi

8. Apa kaitan dengan case study tadi?

Apabila kita sibuk mahu tambah produk, kita jangan lihat semata-mata hasil jualan yang kita dapat daripada produk baru yang kita mahu jual.

Tengok juga apakah PELUANG YANG HILANG apabila kita tambah produk baru.

Kita selalunya sekadar nampak apa yang dapat. Kita terlepas pandang apa yang terlepas.

 

Untuk dapat duit sikit, mungkin hilang duit banyak

9. Contoh:
Tambah produk BARU.

Apa yang dapat:
Jualan RM10,000 sebulan.

Apa yang terlepas:
FOKUS & masa yang dulu diperuntukkan untuk produk SEDIA ADA yang jualannya RM20,000 sebulan.

 

10. Ulang sekali lagi:
INI BENDA SUSAH UNTUK FAHAM.

Tapi penting untuk faham.

More is not always more.

Money is not always money.

 

11. Ada masa duit baru yang kita dapat, menyebabkan duit lama (yang lebih banyak) hilang.

Disebabkan oleh FOKUS yang terpecah.

 

12. Jika ada peluang baru, produk baru, kerja baru yang kita mahu tambah…

Pastikan ia tidak menghapuskan hasil yang kita dapat daripada peluang sedia ada, produk sedia ada, kerja sedia ada.

 

Duit sama banyak, tapi tak sama nilainya…

13. Katakan kita scam orang, menipu atau menjual dalam keadaan menyebabkan reputasi kita terjejas busuk nama sendiri. Dapat RM50,000.

Berbaloi tak?

Dapat RM50,000.

Sekali je dapat RM50,000.

Tapi disebabkan perbuatan tadi menghapuskan reputasi dan kepercayaan orang terhadap kita, kita HILANG PELUANG untuk menjual seumur hidup (atau seberapa lama orang ingat).

Money is not always money.

Duit RM50,000 yang dapat secara jujur tak sama nilainya dengan duit RM50,000 yang dapat dari jualan memperdaya orang.

RM50,000 yang dapat dari memperdaya orang itu MAHAL HARGANYA.

 

14. Semua benda ada kos. Tiada yang percuma.

Apabila melihat apa yang kita dapat, jangan kabur mata sampai tak nampak apa yang kita perlu bayar untuk dapat.

Mungkin benda ini baru bagi anda. Baca sampai faham supaya anda tidak buat keputusan yang salah.

Untuk dapat lebih banyak tulisan dan artikel membuka minda, jemput sertai Channel Telegram BRC >> KLIK SINI!

Pastikan install app Telegram terbaru.


 

Kenapa jualan tak menjadi? Pelajaran daripada budak 2 tahun

Oleh: Zulfadhlee Ithari

Kebanyakan orang yang baru mula berjinak-jinak untuk berniaga, kita bermula dengan idea (angan-angan) bisnes yang kononnya, paling bermanfaat dan boleh membantu semua manusia di muka bumi Tuhan ini.

Betul, kitalah bisnesman teragung abad ini.

Ini benar sehingga satu peringkat kita sedar, tidak ada seorang pun pelanggan yang lekat malah kawan rapat pun dah tak nak dekat.

Oh jangan risau, anda tidak berseorangan dalam situasi ini sebab ramai yang melalui pengalaman yang sama.

Termasuklah saya!

Sampai satu hari, anak saya yang berusia 2 tahun ajar saya untuk kenal dan tahu kehendak sebenar pelanggan saya.

Apa yang berlaku?

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

Tip untuk buang rasa takut pesaing jual lagi murah

OK.

Mesti ramai yang dah tahu, dalam semesta BRC, buang harga memang satu dosa besar.

“Tapi, macam mana tak nak buang harga? Saya takut la semua pesaing saya jual murah!” 😱😱😱

Haaaaaa…

Memula tarik nafas panjang dulu.

Bawak bertenang.

Pos ini panjang tau.

Sambil kita bercerita pasal buang harga jual murah ini, sambil saya nak ajar cara memahami kekusutan dalam kepala sendiri.

BONUS ni!

Suka tak, suka tak?

KLIK SINI untuk teruskan membaca…