Home » Mahu ambil staf, tapi takde bajet? Ini masalah sebenar anda…

ambil-staf

Mahu ambil staf, tapi takde bajet? Ini masalah sebenar anda…

Ramai pemilik bisnes yang tidak ambil staf sebab tiada bajet.

Adakah ini masalah pengurusan staf?

Teruskan baca untuk tahu apa sebenarnya masalah yang berlaku di sini…

 

Bukan masalah staf

1. Ini bukan masalah staf. Belum lagi masuk masalah staf. Kita selesaikan dulu masalah sebenar sebelum kita sibuk mahu belajar cara ambil staf.

2. Kenapa tiada bajet untuk ambil staf? Ini masalah kira-kira.

3. Yang sebenarnya berpunca daripada mindset yang salah.

 

Tiada peruntukan bayar gaji staf

4. Kenapa tiada bajet? Sebab tiada kira-kira. Tiada peruntukan untuk bayar gaji pekerja daripada awal.

5. Apa maksudnya? Sebelum ada pekerja, siapa buat kerja? Sendiri buat kerja.

6. Semasa sendiri buat kerja, tidak bayar gaji sendiri. Ini kesilapan yang ramai pemilik bisnes kecil buat.

7. Apabila mahu berkembang, kerja sudah bertambah, mahu serahkan kerja kepada pekerja… TERSANGKUT!

8. Sebab apa? Apabila tidak bayar gaji sendiri semasa buat kerja sendiri, TIDAK AKAN ada peruntukan untuk bayar gaji pekerja.

9. Apabila mahu ambil pekerja… Ada kerja untuk ‘dipindah’ kepada pekerja yang bakal hadir. TAPI tiada gaji untuk ‘dipindah’ sama.

10. Akibatnya: tiada gaji, tiada siapa mahu buat kerja. Siapa mahu kerja kalau tiada gaji kan? Tiada bajet, tiada pekerja.

 

Mereput dalam bisnes sendiri

11. Akibatnya: bisnes ada permintaan, tapi tidak mampu penuhi. Bisnes BOLEH berkembang tapi TIDAK MAMPU berkembang.

12. Akibatnya: mereput sendiri tersangkut dalam bisnes sendiri. Jualan bagus, ada permintaan… Tapi sampai ke sudah tidak mampu gajikan staf yang boleh bantu kembangkan bisnes.

 

Masalah sebenar ialah…

OK. Kita sudah sampai part kejam ni.

Sudah sedia untuk hadapi kenyataan?

Kita cakap, “Saya mahu ambil staf tapi tiada bajet.”

Sebenarnya apa yang berlaku ialah…

“Saya mahu ambil staf. Tapi saya tiada bisnes.”

Bisnes ada kira-kira sendiri. Macam kita yang mahu hidup perlu ada kos sara hidup… Begitu juga bisnes. Bisnes ada kira-kira kos sara hidup sendiri.

Membayar gaji staf ialah salah satu keperluan untuk bisnes itu hidup.

Jika kita tidak mampu bayar sara hidup bisnes ini, bermakna TIADA BISNES!

Kita perasan kita ada bisnes, sebenarnya bukan bisnes. Apa yang kita buat hanyalah bekerja sendiri sahaja. Tidak layak dipanggil bisnes.

Sedih kan?

 

Apa anda patut buat sekarang?

1. KLIK SINI untuk lihat contoh kira-kira dalam bisnes termasuk kiraan gaji sendiri

2. KLIK SINI untuk dapatkan 5 langkah persediaan sebelum ambil staf yang ramai pemilik bisnes terlepas pandang


SUKA artikel ini?
Tekan butang SHARE di bawah…

Apa kata anda? Silakan komen...