Home » 7 perkara asas orang bisnes perlu faham

7 perkara asas orang bisnes perlu faham

Pada peringkat awal bisnes, kita perlu cari pelanggan, buat jualan dan pastikan duit jualan masuk.

Untuk bertahan lama pula, ada perkara lain yang kita perlu buat. Kita tidak boleh sekadar buat perkara seperti fasa awal.

Inilah 7 perkara yang saya selalu bincang dengan klien consulting saya. Saya dapat poin ini semua daripada nota contengan saya…

conteng consulting

1. Jaga pelanggan sedia ada.

Apabila ditanya bagaimana nak meningkatkan bisnes, 90-99% orang akan jawab: tambah customer.

Sedangkan kita boleh saja berbisnes dengan pelanggan yang sedia ada. Mencari pelanggan baru perlukan kos. Pelanggan yang ada selalu pula diabai.

JAGA pelanggan sedia ada.

2. Customer avatar: fahami pelanggan.

Faham betul-betul sampai kita boleh buat karangan tentang mereka, apa meraka suka; apa mereka buat; berapa gaji; tinggal di mana; tinggal di rumah bagaimana; kereta apa mereka pandu; anak bersekolah di mana; apa aktiviti anak mereka; mereka shopping di mana dsb.

Kefahaman ini memudahkan proses kita untuk melihat masalah mereka, menyelesaikan masalah mereka dan menambah nilai dalam kehidupan mereka.

Duit = medium pertukaran nilai.

Mahu duit? Berikan nilai.

Mahu tahu apa yang bernilai? Fahami pelanggan.

Mahu fahami pelanggan? Buat customer avatar. Kaji pelanggan.

3. Sales funnel: perjalanan pelanggan bersama kita.

Apabila pelanggan sudah beli sekali, maknanya mereka sudah kenal kita. Pastikan mereka mendapat nilai sebaiknya. Pastikan mereka gembira. Cari jalan untuk beri lebih nilai.

Tawarkan lebih produk.

Tawarkan backend product.

Pelanggan yang sudah percaya akan beli berkali-kali dari kita. Jangan abaikan mereka.

4. Learn the habit, build the habit.

Pelajari tingkahlaku dan tabiat pelanggan. Apa mereka buat. Mengapa mereka buat. Bagaimana mereka buat.

Bina tingkahlaku dan tabiat pelanggan. Supaya mereka percaya kita. Supaya mereka nampak nilai yang kita tawar. Supaya mereka beli dari kita.

5. Berapa nilai seorang pelanggan kepada bisnes kita?

Kira lifetime value of customer.

Kalau pelanggan beli kali pertama, kemudian terus kita abai, memanglah kita rasa seorang pelanggan nilainya tak seberapa.

Cuma masukkan data, bagaimana pula kalau mereka beli berkali-kali selama bertahun-tahun. Berapa pula nilai mereka.

Banyak kan? Lain kali, fikir dulu sebelum abaikan hatta seorang pelanggan pun.

6. Marketing budget.

Bagaimana untuk mempunyai marketing budget yang unlimited.

Bagaimana untuk menjadikan setiap perbelanjaan marketing sebagai pelaburan, bukan sebagai perbelanjaan.

Bagaimana cara paling efektif untuk tetapkan marketing budget.

7. Data pelanggan, data pembelian, corak penjualan.

Mahu tingkatkan jualan? Soalnya, mahu tingkatkan kepada berapa? Sekarang ini jual berapa? Produk mana yang laku? Produk mana yang untung?

Tiada data jualan? Rekodkan mulai sekarang!

Kita tidak kan tahu bagaimana nak tambah baik tanpa kita tahu situasi sekarang.

Serius untuk bina bisnes yang berkembang?

7 perkara asas inilah yang kami gunakan dalam peringkat awal diagnostic session kami bersama klien-klien premium kami!

Mahu kami bantu bisnes anda supaya dapat berkembang?

KLIK SINI supaya kami dapat bantu anda!

Apa kata anda? Silakan komen...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *