Home » Elakkan buat kesilapan ini semasa temuduga bakal pekerja!

Elakkan buat kesilapan ini semasa temuduga bakal pekerja!

PERHATIAN kepada majikan: Anda mungkin tidak sedar kesilapan yang dibuat semasa temuduga ini menyebabkan anda mengambil pekerja yang salah.

Mari kita tengok…

1. TIADA ‘JOB SCOPE’ YANG JELAS

Jika kita tiada target, memang kita takkan dapat capai.

Adakah anda sudah ada aturan kerja yang jelas untuk dilakukan oleh bakal pekerja ini?

Adakah anda jelas apa yang anda cari pada bakal pekerja ini?

Jika anda tiada semua ini, nanti apabila sudah setuju untuk ambil pekerja, anda keliru tak tahu kerja apa nak diberi pada pekerja baru!

 

2. TIADA ‘SCORECARD’ UNTUK BERI MARKAH PADA CALON

Apa itu scorecard?

Sebelum temuduga bermula, anda perlu senaraikan kriteria yang anda mahukan pada calon.

Kemudian, anda perlu cari cara untuk nilaikan setiap kriteria ini dalam temuduga nanti.

Sepanjang temuduga, anda bertanya soalan untuk menilai kriteria ini dalam scorecard.

Calon itu layak atau tidak, bergantung kepada markah yang mereka dapat dalam scorecard itu.

 

3. TIDAK BERTANYA SOALAN ‘OPEN ENDED’ & MENDEDAHKAN SIKAP

Calon mudah untuk mengelak beri jawapan yang berguna jika anda bertanya soalan ‘close ended’ ya atau tidak.

Galakkan calon menjawab soalan yang MENDEDAHKAN personaliti, skil &  pencapaian mereka dengan bertanya soalan ‘open ended’.

Calon akan susah untuk ‘membuat cerita’ apabila ditanya soalan open ended terutamanya yang memaksa mereka menjawab tentang pencapaian mereka.

 

4. SEKADAR BERSOAL JAWAB

Ya, dalam temuduga ada soal jawab.

TETAPI…

Soal jawab sahaja tidak cukup untuk menilai kelayakan seseorang calon.

Majikan perlu ‘tampung’ dengan ujian personaliti, ujibakat ‘on the spot’, hubungi ‘reference’ untuk dapatkan calon terbaik.

Semua ini menambah gambaran jelas tentang calon itu.

 

5. BUAT TEMUDUGA SEORANG DIRI

Untuk dapatkan hasil terbaik, dapatkan beberapa orang untuk sertai sesi temuduga.

Apabila anda sibuk bertanya dan menjawab soalan, partner anda boleh FOKUS untuk melihat reaksi & gaya bahasa calon.

Partner anda mungkin akan dapat tangkap sesuatu yang anda terlepas pandang.

Selepas temuduga, bincang dengan partner anda tentang hasil temuduga.

Alang-alang dah buat temuduga, buat betul-betul!

 


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!

 

Mahu belajar cara langkah demi langkah untuk buat temuduga kerja yang berkesan menapis calon yang sesuai & layak bekerja dalam bisnes anda?

KLIK SINI untuk mendapatkan Panduan Temuduga Pekerja

Apa kata anda? Silakan komen...