Home » Artikel » Buat iklan? Jawab dulu 3 soalan ini…

Buat iklan? Jawab dulu 3 soalan ini…

Kekeliruan biasa yang berlaku apabila kita mahu buat iklan ialah, kita suka tanya soalan seperti:

  • Bagaimana mahu buat iklan di Facebook? Saya nak belajar buat FB ads!
  • Saya dah buat page dan dapat banyak like tetapi tiada jualan.
  • Saya tidak pandai buat iklan kerana saya tidak reti Power Editor / IT / komputer.
  • Apa ayat meletup yang saya boleh guna untuk pukau pelanggan supaya beli?

 

Soalan-soalan di atas tak membantu apa-apa.

Terlalu ramai orang yang mahu belajar kenderaan tanpa tahu ke mana destinasi untuk dituju. Kalau anda mahu tuju destinasi, bukankah lebih penting untuk anda faham ke mana destinasi anda tuju dulu?

FB ad ke, Power Editor ke…

Semua tu kenderaan je.

Sebelum mula gerak, anda kena tahu mana destinasi anda nak tuju?

Tak guna tahu bawa kenderaan yang power tapi kita tak tahu mana nak pergi.

 

Contoh:

Nak guna FB ad, nak belajar FB ad.

FB ad tu alat je. Alat untuk kita letak ayat iklan dan sampaikan pada orang yang kita nak target.

Soalannya: apa nak tulis kat iklan FB tu? Nak target siapa?

 

Soalan-soalan berikut akan bantu kita ke mana hala tuju kita apabila buat iklan…

Soalan-soalan yang kita patut tanya dan jawab sebelum buat iklan ialah:

1. Siapa pelanggan kita?

Kita terlalu fokus pada produk. Adakah produk akan bawa kita duit?

Tidak!

Sudah ramai peniaga yang produknya tersimpan di rumah buat alas katil dan sendal pintu.

Siapa yang bawa duit?

Pelanggan!

Kita perlu mula dengan pelanggan. Kenali siapa pelanggan kita.

Terlalu ramai orang yang buat iklan MENJUAL PRODUK.

Baca semula ayat di atas. Kata kunci: MENJUAL PRODUK.

Sibuk menjual produk tetapi tidak tahu kepada siapa mahu jual. Sibuk menjual produk tetapi tidak bercakap kepada orang yang mahu beli produk.

Kita perlu jelas SIAPA yang kita mahu target.

2. Apa masalah pelanggan? Apa penyelesaian yang mereka cari?

Pelanggan tidak akan saja-saja beri duit kepada kita. Itu sedekah namanya.

Dalam urusan jual beli, pelanggan membeli kerana mereka mahu selesaikan masalah.

Beli nasi: selesaikan masalah lapar.

Beli powerbank: selesaikan masalah smartphone selalu kong.

Beli kereta: selesaikan masalah bergerak ke sana ke mari.

Adakah kita faham masalah pelanggan ini? Terlalu ramai peniaga yang cuba buat iklan tanpa faham apa masalah pelanggan.

Tak faham masalah pelanggan > pelanggan tak nampak bagaimana produk/servis kita selesaikan masalah mereka > mereka tidak membeli.

Nampak?

3. Di mana pelanggan berada dan di mana mereka cari penyelesaian?

Zaman sekarang semua orang mahu buat iklan di Facebook. Mahu buat page mahu kumpul like beribu.

Sudahnya, duit iklan habis, like banyak, jualan tiada!

Adakah pelanggan kita berada di Facebook?

Kalau produk yang dijual ialah produk menyelesaikan masalah kencing manis, adakah pakcik makcik penghidap kencing manis itu ada di Facebook?

Di mana mereka berada?

Facebook, Instagram dan Google hanyalah saluran untuk mencapai pelanggan.

Ia bukan bisnes.

Belajarlah Facebook Advanced Plutonium Marketing Super Duper sekalipun, kalau pelanggan kita tiada di Facebook, kita tetap akan susah untuk buat jualan.

Berminat untuk belajar lanjut bagaimana buat iklan dengan asas marketing yang betul?

Teknik buat iklan di Facebook dan Google, teknik promo produk di Instagram hanyalah teknik dan taktik.

Ia hanyalah alat atau kenderaan. Teknik dan taktik akan berubah apabila kenderaannya berubah.

Sebelum kita perlu buat iklan, kita perlu belajar lebih lanjut tentang asas marketing. Asas marketing ialah destinasi. Ia tidak akan berubah.

Sebelum kita pilih kenderaan, kita perlu tahu ke mana kita mahu pergi.

 

 


SUKA artikel ini? Kongsi manfaatnya.
Tekan butang SHARE!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *