Home » Sibuk & tiada masa urus rumah? Gunakan 3 cara ini!

Sibuk & tiada masa urus rumah? Gunakan 3 cara ini!

Artikel oleh: Sharifah Fuzainy

Buat bisnes dari rumah adalah satu pekerjaan yang hanya kita buat di dalam rumah. Banyak orang ingat bila kerja dari rumah lebih senang.

Ayat yang selalu saya dengar, “Bestla kau sekarang dapat jaga anak sendiri, duit pun masuk. Tak payah susah-susah nak bangun pagi pergi kerja.”

Sebenarnya, apabila bekerja di rumah kita patut lebih disiplin sebab cabaran dia lagi besar.

Kita dalam dilema: Nak buat bisnes tapi nak uruskan rumah juga. Jadi bagaimana?

 

Cabaran bekerja & berbisnes di rumah

Realitinya ramai yang tak tahu betapa payahnya buat kerja di rumah dengan segala macam gangguan yang ada.

Baru nak menaip anak dah menangis mintak itu ini. Tengah bungkus barang anak koyakkan consignment note.

Tengah mesej customer tiba-tiba anak tepis telefon bergolek jatuh.

Kalau kerja dekat pejabat memang tenang pun. Waktu makan pergi makan. Takpayah fikir nak masak. Paling kuat bos panggil mintak itu ini. Itu pun kita rasa sibuk je bos ni panggil orang tengah banyak kerja ni. Nak MC ke cuti ke bila-bila pun boleh.

 

Cara paling mudah (tapi tak semua orang mampu)

Kalau nak senang cerita kita bagi je orang lain buat kerja rumah. Panggil orang cuci seminggu sekali, baju hantar dobi, beli makanan dekat luar dan sebagainya.

Tapi bukan semua orang nak keluar duit lagi sebab tujuan buat bisnes pun nak tambah duit. Ni lagi banyak duit yang keluar. Nanti suami cakap baik duduk diam jadi suri rumah. Tak payah buat bisnes.

 

Cara pertama: Multitasking

Cara yang pertama kita boleh guna kaedah multitasking. Multitasking ni apa? kita buat beberapa kerja dalam satu masa. Dengan cara tu kita dapat siapkan lebih banyak kerja dengan lebih cepat dan efisien.

Contohnya hari ini nak masak ayam masak sambal. Kunyit dan gorengkan ayam dulu kemudian baru potong-potong siapkan cili, bawang dan barang-barang lain sementara menunggu ayam masak.

Tak perlu tunggu semua bahan sedia baru nak goreng ayam. Sementara tunggu juga boleh masak nasi sebab nasi ambil lebih lama untuk masak. Moga-moga bila lauk masak nasi pun dah siap.

Contoh yang lain kita lipat baju masa nak tengok televisyen. Bila iklan je kita simpan baju dalam almari. Habis drama baju dah siap lipat dan simpan.

 

Cara kedua: Gunakan masa yang tidak produktif

Cara kedua buat kerja rumah masa yang tidak produktif.

Andaikan waktu kita bekerja 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Jadi kita kemas umah atau masak sebelum 8.30 pagi atau selepas jam 5 petang. Waktu itu pun kita dapat rehatkan otak sebentar dari hal-hal bisnes.

Contohnya, basuh baju selepas jam 5 petang. Masuk baju dalam mesin dan buat kerja lain. Sementara mesin jalan, boleh mandi, sidai kain yang mesin sebelumnya atau sapu sampah.

Sebelum tidur pula dah kemas semua kawasan yang bersepah di ruang tamu atau bilik tidur.

Dalam masa kerja pun, bukan sepenuhnya kita produktif. Mungkin tengah hari lepas makan mata mengantuk, tak boleh buat kerja depan komputer. Nak berfikir pun tak boleh.

Masa begini bolehlah ‘lari’ sekejap buat kerja rumah yang tak perlukan kita berfikir pecah kepala. Takkan masa mengantuk nak fikir ayat copywriting pula kan?

 

Cara ketiga: Batching

Cara ketiga kita bahagikan kerja rumah yang patut dibuat dalam seminggu. Kita tidak perlulah nak buat semua benda setiap hari. Kerja-kerja yang sama boleh dikumpulkan dan dibuat secara batching sekaligus

Contohnya, seterika baju seminggu sekali. Kumpulkan sekali. Sekali buat lebih senang daripada buat sehelai-sehelai setiap hari. Sudah alang-alang dalam ‘mood’ seterika baju.

Memasak pun kita boleh buat seminggu sekali. Banyak sekali banyak dengan masak sikit, beza masa tak banyak pun. Masak kari ayam untuk 5 kali makan, tak perlukan 5 kali ganda masa memasak pun. Kalau kita masak sekali banyak, masa dapat jimat. Setiap hari pun tak perlu fikir pasal memasak dan kemas dapur. Panaskan saja lauk yang sudah siap.

 

Ubah ikut kesesuaian

3 cara ni boleh ubah mengikut kesesuaian masing-masing. Sekurang-kurangnya kita dapat atasi masalah yang kita alami dan boleh buat bisnes dengan lebih mudah, rumah terurus, kita pun happy.


Sharifah Fuzainy binti Syed Othman memulakan bisnes online dari rumah dan sangat disiplin dengan jadual kerja seharian. Beliau menulis daripada pengalaman sendiri sebagai suri rumah yang mempunyai anak dalam masa yang sama dapat menjalankan operasi bisnes dengan tersusun.


 

Apa kata anda? Silakan komen...